Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Jangan Ambil Botol Itu bersiaran pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Telefilem ini merupakan telefilem ulang siaran (2015) terbitan Tinta Unik Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah tersohor, Shuhaimi Lua. 

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, Rashidah Jaafar, Wan Ahmad, Izzmad Harun, Wans Ahmad, Shahrzril Ahmad, Fert Jasni, Sheeda Ali, Syafiq Kyle, Ben Amir, Zaidi Rock dan ramai lagi.
  • Hairul Azreen sebagai Jamal
  • Jalil Hamid sebagai Lebai Tahir
  • Nadzmi Adhwa sebagai Jizan

SINOPSIS JANGAN AMBIL BOTOL ITU

Jangan Ambil Botol Itu mengisahkan tentang Jamal, anak kepada Lebai Tahir yang mempunyai sikap yang nakal. Sikapnya bertentangan dengan bapanya yang merupakan seorang imam dan penceramah agama disegani di kampung mereka.

Sungguhpun Jamal pernah dihantar belajar di sekolah agama, kelakuannya tidak selari dengan pelajarannya. Sikit pun tidak berubah. Semua ilmu yang diajar di situ jarang diamalkannya. 

Sebaliknya dia lebih gemar berpelesiran dan lepak bersama-sama rakan sekampung yang tercicir dari alam persekolahan. Hidupnya ditanggung Lebai Tahir yang mempunyai harta agak banyak membuatkan Jamal tidak perlu bersusah payah untuk bekerja dan mencari wang.

Selepas tamat pelajaran di sekolah agama, Jamal pulang ke kampung. Bapa dan ibunya mahu mengadakan majlis kesyukuran atas kepulanganya yang diharap akan mengubah cara hidup Jamal.

Dalam pada masa sama, Jamal juga disambut dengan gembira oleh rakan-rakan yang biasa melepak bersamanya. Tanpa pengetahuan Jamal, Jizan yang merupakan rakannya telah memberikannya pil dadah yang boleh menjadikannya khayal.

Suatu hari, Jamal tersalah masukkan pil khayal ke dalam botol minuman bapanya iaitu Lebai Tahir. Lebai Tahir membawa botol minuman yang berisi larutan pil khayal itu untuk memberi ceramah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Ikuti kisahnya dalam Telefilem Jangan Ambil Botol Itu di TV9 pada 13 Oktober 2023 jam 8:30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)