Gadgets

Lirik Lagu Helah - Puteri Khareeza (OST Drama Haloba)

Puteri Khareeza yang popular dengan single pertamanya iaitu Duka Sebalik Tawa yang merupakan OST Drama Melur Untuk Firdaus kini kembali dengan single keduanya iaitu Helah. Single terbaru Helah ini merupakan OST Drama Haloba di Slot Samarinda TV3.

LAGU HELAH

Lagu dan lirik Helah merupakan ciptaan Iqie Hugh dan Shazriq Azeman ini mula didengarkan di platform digital bermula pada 22 September 2023 keluaran Alternate Records Sdn. Bhd.

Lirik lagu Helah - Puteri Khareeza (OST Drama Haloba)

Lirik lagu Helah - Puteri Khareeza (OST Drama Haloba)

Kuberpijak dalam hidup tanpa cara
Antara kelam dan cahaya
Ku dibawa arus bayangan yang lama
Luka yang dalam jadi dendam

Kan kuhembuskan bisikan
Halus bagaikan
Suara tangisan yang merana
Aku disentuh helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku
Hingga di hujung aku terjatuh

Tersungkur jauh dalammu
Terjerat jiwa belenggu
Kisah yang lalu
Kuterlepas dari jerat yang menewas
Antara cinta dan nestapa
Kan kuhembuskan bisikan
Halus bagaikan suara tangisan yang merana

Aku disentuh helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku hingga di hujung aku terjatuh
Tersungkur jauh dalammu
Terjerat jiwa belenggu
Kisah yang lalu

Menjadikanku diri yang baru
Dalam waktu tersudah yang lalu
Kini hidup baru
Tinggalkan kisah tersiksa
Kisah duka dan lara

Aku disentuh helah sumpahan cintamu
Madahmu menyesatkanku hingga di hujung
Aku terjatuh

Tersungkur jauh dalammu
Terjerat jiwa belenggu
Kisah yang lalu

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.