Gadgets

Siaran Langsung Hai Phong vs Sabah Live Streaming Piala AFC 2023

Hai Phong vs Sabah

Pasukan Sabah FC akan bertandang ke Vietnam bagi meneruskan aksi ketiga Kumpulan H dalam saingan Piala AFC menentang pasukan tuan rumah, Hai Phong FC.

baca juga

Hai Phong FC  vs Sabah FC

Pertemuan antara pasukan Hai Phong FC akan berlansung pada 25 Oktober 2023, hari Rabu jam 6:00 petang (waktu Malaysia) bertempat di Lach Tray Stadium, Vietnam.

Ini merupakan perlawanan tumpuan dan sengit dimana pasukan Hai Phong adalah pasukan yang bermain dengan tempo laju (high intensity). Pasukan Sabah perlu berhati-hati dan mempamerkan aksi yang cemerlang bagi membawa keputusan positif pulang ke Sabah.

Dalam 2 perlawanan sebelum ini menentang Haougang United dan PSM Makassar, pasukan Sabah telah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut. Diharapkan pasukan Sabah FC terus beraksi dengan cemerlang mencipta kemenangan membawa 3 mata penting.

Siaran Langsung Hai Phong vs Sabah Live Streaming Piala AFC (AFC Cup) 2023 25 Oktober 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Hai Phong FC vs Sabah FC secara langsung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 5:30 petang.

Langgan satu perlawanan dengan harga RM12.90 di platform Sooka.

Tempat : Lach Tray Stadium, Vietnam
Waktu siaran : Rabu, 25 Oktober 2023, jam 6:00 petang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Live Score/ Keputusan masa penuh Hai Phong vs Sabah

Keputusan perlawanan antara Hai Phong vs Sabah dalam saingan Piala AFC 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : HAI PHONG FC/ HFC (3) - (2) SABAH FC/ SAB
Nguyễn Hữu Sơn 14'
Đàm Tiến Dũng 18', 72'

Ramon 71'
 Gary Steven 80'

4 comments:

  1. Semoga Sabah FC mencapai kemenangan utk kali ketiga..

    ReplyDelete
  2. alaaa tipis je tu. sang badak boleh bangkit lagi nanti!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.