Gadgets

Siaran Langsung Kedah vs Negeri Sembilan Live Stream 28 Oktober 2023 LS23

Kedah vs Negeri Sembilan

Pertembungan Liga Super 2023 minggu kedua puluh tiga seterusnya melibatkan Skuad Sang Kenari, Kedah FC menentang skuad Jang, Negeri Sembilan FC.

KEDAH vs NEGERI SEMBILAN

Perlawanan antara pasukan Kedah FC vs Negeri Sembilan FC dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu jam 5:30 petang bertempat di Stadium Darul Aman. Ini merupakan pertembungan kedua dalam pusingan kedua Liga Super 2023.

Perlawanan ini dijalankan sebelah petang bagi memberi laluan kepada jadual siaran langsung, persefahaman antara semua kelab bertanding dengan MFL dimana setiap pasukan sekurang-kurangnya menetapkan sekali perlawanan di sebelah petang.

baca juga
Negeri Sembilan vs Kedah LS10

Pasukan Kedah FC kini berada di kedudukan terbaik dalam 3 kelompok teratas Liga Super iaitu di tempat ketiga di belakang pasukan Selangor FC dengan beza 5 mata.

Dalam 5 perlawanan terakhir pasukan Kedah FC berjaya mengekalkan prestasi dengan kemenangan 4 kali dan tewas sekali. Manakala pasukan Negeri Sembilan kalah berterusan dalam 4 perlawanan dan perlawanan terbaru berakhir dengan keputusan seri.

Siaran Langsung Kedah vs Negeri Sembilan Live Stream 28 Oktober 2023 LS23

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung antara Kedah vs Negeri Sembilan live stream dari Stadium Darul Aman menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra rancangan, langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Sabtu, 28 Oktober 2023, jam 5:30 petang
Tempat : Stadium Darul Aman
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan 

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah vs Negeri Sembilan yang berlansung pada hari Sabtu, 28 Oktober 2023, jam 5:30 petang di Stadium Darul Aman, boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Tiket fizikal mula dijual pada jam 9.30 pagi hari Sabtu , 28 Oktober di Stadium Darul Aman.

Harga Tiket

Teres (Terbuka) : RM 15
Pavilion (Berbumbung) : RM25
Grandstand (Astaka) : RM35

Harga Tiket kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)

Zon Teres & Pavilion (Kaunter B & Kaunter F) : RM10
Zon Grandstand (Terhad 200 tiket sahaja) (Kaunter F Sahaja) : RM20
*Semua kanak-kanak akan dikenakan tiket

Keputusan masa penuh perlawanan Kedah vs Negeri Sembilan Liga Super 2023 (LS23)

Keputusan perlawanan antara Kedah vs Negeri Sembilan dalam saingan LS23 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan

FT : KEDAH FC/ KDA (3) - (0) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
⚽ 13' Manuel Ott
⚽ 15' Amirbek Juraboev
⚽ 52' Ifedayo

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.