Gadgets

Senarai Lokasi dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Negeri

Hari Sukan Negara Malaysia disambut pada bulan Oktober (bulan Sukan Negara) iaitu pada minggu kedua. Tahun 2023, tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2023 pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu.

Hari Sukan Negara 2023
 

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 (HSN2023)

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN

Sambutan Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu bermula jam 6:30 pagi bertempat depan di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan 2023 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

LAYOUT SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Untuk memudahkan pengunjung, gambar dibawah boleh dijadikan sebagai rujukan sebelum hadir ke sambutan Hari Sukan Negara di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Hari Sukan Negara 2023
sumber : JBSNegara

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri pada tarikh yang sama kecuali di negeri Sarawak akan diadakan pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

TEMA HARI SUKAN NEGARA 2023 (HSN2023)

Tema Hari Sukan Negara pada tahun ini 2023 ialah #FitMalaysia.

LOGO HARI SUKAN NEGARA

LOGO HARI SUKAN NEGARA

OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA (HSN2023)

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

Senarai Lokasi dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Negeri

Pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN

Hari dan Tarikh : Sabtu, 14 Oktober 2023
Masa : 6:30 pagi
Tempat : Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Jadual aktiviti dan program peringkat kebangsaan

Acara utama yang akan di adakan adalah Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan. Pendaftaran untuk acara ini terhad kepada 10,000 penyertaan. 

Tarikh pendaftaran :  29 Ogos 2023 – 6 Oktober 2023
Lokasi acara : Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya
Tempoh masa : 6:30 AM – 11:59 PM

Masa dan pengambilan koleksi kit perlumbaan
Tarikh : 12 Oct 2023 – 13 Oct 2023
Masa : 12:00 PM – 09:00 PM
Tempat : Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Acara dan kategori

  • Kategori 1 Half Marathon 21KM – Atas 45 tahun (Lelaki)
  • Kategori 2 Half Marathon 21KM – Atas 45 tahun (Wanita)
  • Kategori 3 Half Marathon 21KM – 36 – 45 tahun (Lelaki)
  • Kategori 4 Half Marathon 21KM – 36 – 45 tahun (Wanita)
  • Kategori 5 Half Marathon 21KM – 26 – 35 tahun (Lelaki)
  • Kategori 6 Half Marathon 21KM – 26 – 35 tahun (Wanita)
  • Kategori 7 Half Marathon 21KM – Bawah 25 tahun (Lelaki)
  • Kategori 8 Half Marathon 21KM – Bawah 25 tahun (Wanita)

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut,  layari laman rasmi : heyjom

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELURUH MALAYSIA

Hari Sukan Negara 2023 Melaka

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Hari Sukan Negara 2023 Melaka

Hari Sukan Negara 2023 Negeri Sembilan

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Hari Sukan Negara 2023 Negeri Sembilan

Jadual dan aktiviti peringkat Negeri Sembilan
  • Family Fun Walk
  • Stack UP Nogoghi
  • Pertandingan Lompat Tali
  • Senamrobik
  • Klinik Sepak Takraw
  • Sukan Tradisional

Hari Sukan Negara 2023 Selangor

Tarikh sambutan : 14 Oktober 2023
Lokasi : The ARC @IJM Rimbayu

Hari Sukan Negara 2023 Selangor

Jadual dan aktiviti peringkat negeri Selangor
  • HSN Run – 5KM & 10KM
  • Aerobicthon
  • Push bike challenge
  • Kabadi
  • Sukan tradisional
  • Explorace OKU
  • Pertandingan memanah
  • Bola Sepak 7 sebelah
  • Bola jaring
  • Kecergasan wanita warga emas
  • W-Fit @Community

Hari Sukan Negara 2023 Perak

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh,Perak

Hari Sukan Negara 2023 Pahang

Tarikh : 13 hingga 15 Oktober 2023
Lokasi : Semak jadual

Hari Sukan Negara 2023 Pahang

Jadual dan aktiviti peringkat Negeri Pahang
  • 23X Lunges Challenge
  • Future Talk Zero to Hero
  • Tayangan Skin Besar Malaysia vs India
  • PDRM Fun Run & Ride 2.0 / Fun Walk : Pink October
  • Futsal Gila Liga Soccer Tournament U7, U9,U11
  • Penalty Kick 2.0
  • Junggle Show & Junggling Competition
  • Orleentering
  • Family fun Aerobic Workout
  • BMX Gathering
  • MGSS Marching Band Show
  • Rakan Muda Litar
  • Dodgeball Camp
  • Youth 7s rugby Open U20
  • Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Pahang
  • Softball Carnival U16
  • Kejohanan Golf Tertutup Pahang
  • Variation challenge
  • Trail Walk Komuniti PERSON
  • Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-14 SK Bunut Rendang
  • Pahang Karnival Sukan KRT Taman Tas
  • Pahang Rhytmic Jump Rope
  • Pahang Malaysia Active @ Motorsport Kiass Go Kart KBS

Hari Sukan Negara 2023 Kedah

Tarikh sambutan : 14 Oktober 2023
Masa : 7:00 AM – 11:00 PM
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah

Jadual dan aktiviti peringkat negeri Kedah
  • Aerobik
  • Aerobikton
  • Mewarna
  • Klinik lompat tali
  • Gusti lengan
  • Bola sepak U12
  • Dribble penalty shootou
  • Funrun
  • Funwalk
  • Funride
  • Frisbee
  • Mr smart workout
  • Motorsport event
  • Memanah tradisional
  • Muaythai
  • Sepak raga tuju

Hari Sukan Negara 2023 Pulau Pinang

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Perkarangan Stadium Batu Kawan

Hari Sukan Negara 2023 Pulau Pinang

Jadual dan aktiviti peringkat negeri Pulau Pinang
  • 10KM Kompetitif
  • 5KM Fun Run
  • 3KM fun Walk
  • 3KM Kids

Hari Sukan Negara 2023 Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Hari Sukan Negara 2023 Labuan

Jadual dan aktiviti peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
  • Fun Run 5KM
  • Fun Walk 3KM
  • Fun Ride (MTB) 30KM
  • Fun Ride (RB) 30KM
  • Fun Ride (FB) 30KM
  • Kayak Santai 7KM
  • Kids Fun Ride 1.5KM
  • Senaman Perdana
  • Kids Aerobic
  • Family Glamping Camp

Hari Sukan Negara 2023 Sabah

Tarikh : 14 Oktober 2023
Lokasi : Perkarangan Parkir, Dewan Sri Putatan

Hari Sukan Negara 2023 Sabah

Jadual dan aktiviti peringkat Negeri Sabah
  • Senamrobik Perdana
  • Fun Walk 2km
  • Fun Run 5km &
  • Fun Ride 20km
  • Futsal
  • Catur
  • Ping Pong
  • Aerobithon
  • Petanque
  • Olahraga Cilik
  • Bola Jaring
  • E-Sport
  • Seni Mempertahankan Diri
  • Street Soccer 3 On 3
  • Cabutan Bertuah
Senarai Lokasi dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri

Untuk maklumat lanjut tentang Hari Sukan Negara 2023 peringkat kebangsaan dan peringkat negeri seluruh Malaysia, boleh scan QR code pada gambar di atas atau layari laman rasmi : https://www.harisukannegara.my/

KBS menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2023 dengan menghadiri serta menyertai program, aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat negeri masing-masing.
Majulah Sukan untuk negara!
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI #FitMalaysia #HSN2023
sumber : kbs

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.