Gadgets

LIRIK LAGU BUKAN SEKADAR LAFAZ - WANNA ALI & AIMAN ISMAIL

Lagu Bukan Sekadar Lafaz nyanyian Wanna Ali dan Aiman Ismail merupakan lagu tema (OST) Drama Bukan Sekadar Lafaz lakonan Alif Satar dan Wanna Ali. 

Bukan Sekadar Lafaz, lirik dan komposernya oleh Ayu Puteh yang merupakan ibu kepada Wanna Ali. Aiman Ismail pula adalah ayah tiri Wanna Ali. 

Lirik lagu ini berkisarkan tentang kehidupan ibu dan ayah tiri Wanna Ali secara keseluruhannya.

LIRIK LAGU BUKAN SEKADAR LAFAZ - WANNA ALI & AIMAN ISMAIL

Judul lagu : Bukan Sekadar Lafaz
Penyanyi : Wanna Ali & Aiman Ismail
Lirik : Ayu Puteh 
Komposer : Ayu Puteh 

LIRIK LAGU BUKAN SEKADAR LAFAZ - WANNA ALI & AIMAN ISMAIL

(AIMAN ISMAIL)
Cuba kau fikir saja dahulu 
Atas keputusanmu untuk mencintaiku 
Kernaku hanya insan biasa 
Aku takut kau menyesal nantinya 

(WANNA ALI) 
Aku sangat tulus mencintaimu 
Aku tak peduli siapa dirimu 
Yang aku mahu hanya dirimu 
Kasih sayangku hanya untukmu 

(AIMAN ISMAIL) 
Aku hanya insan biasa 
Hidup kita sangat berbeza 
Kau bagaikan langit 
Ku bagaikan bumi 
Aku takut jika nanti kau tak bahagia 

(WANNA ALI) 
Aku mahu menerimamu 
Atas segala kekuranganmu 
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku 
Ku mencintaimu apa adanya 

(AIMAN ISMAIL) 
Ku takut kau kan sengsara 
Hidup denganku insan tak punya 

(WANNA ALI) 
Ku yakin ku kan bahagia 
Hidup denganmu penuh cinta 

(AIMAN ISMAIL) 
Aku hanya insan biasa 
Hidup kita sangat berbeza 
Kau bagaikan langit 
Ku bagaikan bumi 
Aku takut jika nanti kau tak bahagia 

(WANNA ALI) 
Aku mahu menerimamu 
Atas segala kekuranganmu 
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku 
Ku mencintaimu apa adanya 

(WANNA ALI & AIMAN ISMAIL) 
Cinta tak memandang rupa 
Cinta tak memandang harta 
Cinta ini tulus untukmu 

(WANNA ALI) 
Aku mahu menerimamu 
Atas segala kekuranganmu

(AIMAN ISMAIL) 
Kau bagaikan langit 
Ku bagaikan bumi 
Aku takut jika nanti kau tak bahagia 
Aku hanya insan biasa 
Hidup kita sangat berbeza 

(WANNA ALI) 
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku 
Ku mencintaimu apa adanya 

(AIMAN ISMAIL) 
Cuba kau fikir saja dahulu 
Atas keputusanmu untuk mencintaiku….

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.