Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Azhafizah MN
By -
4

Aku Dan Adik

Telefilem Aku Dan Adik akan bersiaran pada 27 Oktober 2023, hari Jumaat jam 10:00 malam di TV3 dan online di Tonton dibintangi oleh Liyana Jasmay dan Afieq Shazwan.

Telefilem ini adalah siaran ulangan yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 di Slot Cerekarama TV3. Aku Dan Adik, sebuah telemovie arahan Khir Rahman dengan nukilan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Shahrul Nizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. 
  • Liyana Jasmay sebagai Ira
  • Afieq Shazwan sebagai Hanif

SINOPSIS AKU DAN ADIK

Mengisahkan tentang Hanif, seorang jejaka berusia 18 tahun yang sangat rapat dengan kakaknya Ira yang hanya tua setahun darinya. Mereka berdua berasal dari kampung. 

Sejak kecil lagi, Ira ditatang bagai minyak yang penuh. Ira seorang gadis yang cantik, pandai dan dijangkakan dapat membantu keluarga mengubah hidup mereka. 

Hanif pula seringkali dianggap sebagai anak yang harus melakukan segalanya. Siapa sangka Hanif mampu mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 6 dan mendapat tempat di maktab perguruan. 

Ibu bapa Hanif sangat gembira dan memberikan wang simpanan kepada Hanif sebagai perbelanjaan di maktab. Namun pada hari yang sama, Ira pulang dengan sebuah berita buruk.

Apakah berita itu? Saksikan kesudahan Telefilem Aku Dan Adik pada 27 Oktober 2023 di TV3 jam 10:00 malam.



Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment