Gadgets

BG PATHUM UNITED vs JDT, Siaran Langsung Live Streaming Score ACL 2023

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim meneruskan aksi dalam saingan ACL 2023/2024 (AFC Champions League 2023/24), Liga Juara-Juara AFC menentang pasukan Thailand iaitu BG PATHUM UNITED FC.

Siaran Langsung Live Streaming BG PATHUM UNITED vs JDT ACL 2023/24

Perlawanan antara BG PATHUM UNITED vs kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan berlansung pada 3 Oktober 2023, hari Selasa jam 8:00 malam (Waktu Malaysia) di Pathum Thani Stadium, Thailand.

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan berkunjung ke Thailand dalam saingan kedua Kumpulan I.

AFC Champions League (CL) 2023/24

Kejohanan ACL 2023/24 ini merupakan Edisi ke-21 dan AFC edisi ke-19 yang bermula dari bulan September sehingga bulan Mei 2024.

Skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan I bersama dengan pasukan Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan kelab Thailan, BG Pathum United.

Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT memulakan kempen ACL 2023/2024 menentang Kawasaki Frontale, sebuah  pasukan Jaguh Asia yang bertandang di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ulangan seperti musim lalu berdepan dengan pasukan Harimau Selatan.

Ini bukanlah aksi pertama bagi kedua-dua pasukan. Pada edisi yang lalu, JDT dibawah kendalian jurulatih Benjamin Mora terpaksa akur dengan kekalahan di tangan tangan Kawasaki Frontale selepas tumpas dengan 5 gol.

Pada perlawanan pembukaan JDT vs Kawasaki Frontale FC, Skuad Harimau Selatan dibawah kendalian Esteban Solari sekali lagi gagal dan tidak berjaya menebus kekalahan lalu. Perlawanan berakhir dengan 1 gol oleh Kawasaki Frontale FC tanpa balasan oleh pasukan tuan rumah, JDT.

Perlawanan antara BG PATHUM UNITED vs JDT dijangkakan sengit kerana Skuad The Rabbits merupakan kelab gergasi liga Thailand (Thai-League) salah satu pasukan yang kuat dalam saingan ACL 2023/24 ini.

Walaubagaimanapun, pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari akan memberikan aksi terbaik dan seterusnya membawa pulang tiga mata berharga. Pasukan JDT perlu bangkit bagi menebus kekalahan menentang Kawasaki Frontale FC yang lalu.

Siaran Langsung Live Streaming BG PATHUM UNITED vs JDT ACL 2023

BG PATHUM UNITED vs JDT, 3 Oktober 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara BG PATHUM UNITED vs JDT secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 7:30 malam.

Tempat : Pathum Thani Stadium, Thailand
Waktu siaran : Selasa, 3 Oktober 2023, jam 8:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Live score/ Keputusan masa penuh BG PATHUM UNITED vs JDT

Keputusan perlawanan antara BG PATHUM UNITED vs JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : BG PATHUM UNITED (2) - (4) JOHOR DARUL TA'ZIM
Victor Cardozo 5' (P), 55'
Arif Aiman 6' 78'
 Bergson da Silva 14'
 Juan Muñiz 53’

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.