Telefilem Restu Ayah (TV3) Meruntun Jiwa Penonton

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Restu Ayah (TV3) Meruntun Jiwa Penonton

Telefilem Restu Ayah bersiaran pada 20 Oktober 2023, hari Jumaat jam 10:00 malam di TV3 dan online di Tonton.

Dibintangi oleh Azhan Rani dan Atiq Azman sebagai pelakon utama di bawah arahan Isqandar Jebat yang juga selaku penulis skrip telemovie ini.

Telefilem terbitan Hujan Lebat Sdn. Bhd. ini merupakan telefilem ulang siaran Slot Cerekarama TV3 yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 dimana kisah ini meruntun jiwa penonton.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Atiq Azman, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Badrul Muhayat, Syed Ali, Mas Renny, Muhamad Shahir, Zawwar Zainuddin, Mieza Edora, Salam Abdul Razak dan ramai lagi.
  • Azhan Rani sebagai Wahid
  • Atiq Azman sebagai Azlan
  • Sharifah Shahorah sebagai Ibu Ila
  • Watie Sadali sebagai Azura
  • Badrul Muhayat sebagai Roslan
  • Syed Ali sebagai Amar

SINOPSIS RESTU AYAH

Mengisahkan tentang kehidupan Azlan yang terlalu dimanjakan ibu bapanya sehingga sifatnya yang suka dipuji terbawa-bawa di dalam kehidupan sehariannya bersama jiran-jiran dan juga di sekolah. 

Kebahagiaan itu dapat dilihat di rumah dan disekolah apabila segala aktiviti serta kelakuan Azlan yang suka menuntut pujian itu disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya. 

Situasi tersebut menjadikan Azlan seorang yang sering diberi tumpuan oleh kawan-kawan, guru, jiran-jiran dan ibu bapanya.

Pada satu hari semua ini ibarat berkubur dan menjadi mimpi buruk buat Azlan. Ibu bapa Azlan terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari menghantar Azlan ke sekolah. 

Akibat daripada kejadian kemalangan itu, ibu Azlan meninggal dunia dan bapa Azlan buta sebelah mata dan patah kaki. Sejak peristiwa itu Azlan tidak dapat memaafkan bapanya. Azlan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagiaan yang beliau kecapi selama ini.

Ikuti kisahnya dalam telefilem Restu Ayah di TV3 pada 20 Oktober 2023 jam 10:00 malam. Kisah yang meruntun emosi ini boleh dijadikan pengajaran hidup.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment