Telefilem Isteri-Isteriku (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Isteri-isteriku ulang siaran pada 6 Oktober 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Isteri-isteriku merupakan telefilem/ telemovie komedi lakonan pelakon popular seperti Fauzi Nawawi, Kilafairy, Afifah Nasir dan Khaty Azean di bawah arahan pengarah Hadji Maa Hayu @Yusof Wahab.

Telefilem Isteri-isteriku TV9

Telefilem ini memaparkan kisah suami beristeri dua dimana skripnya ditulis oleh Mohd Shahremy Ikmal dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Fauzi Nawawi, Kilafairy, Afifah Nasir, Khaty Azean, Achong Sweet Child, Elji Kilauan Emas dan ramai lagi.
  • Fauzi Nawawi sebagai Amran
  • Kilafairy sebagai Khaty
  • Afifah Nasir sebagai Mona
  • Khaty Azean sebagai Kak Siah

SINOPSIS

Mengisahkan tentang watak Amran yang mempunyai dua isteri iaitu Khaty dan Mona. Walaupun hidup bermadu, kehidupan mereka bertiga bahagia kerana Amran membahagikan masa dan rezeki dengan sama rata kepada kedua-dua isterinya. 

Rumah tangga yang mereka bina berjalan seperti biasa sehinggalah berlaku insiden Amran terpaksa berhenti kerja akibat penutupan operasi syarikat miliknya. Bingung dengan keadaan tersebut dan ditambah dengan belanja untuk menanggung kedua-dua isterinya membuatkan Amran tekad untuk membawa mereka pulang ke kampung dan berpindah ke rumah pusaka.

Pada masa yang sama, Amran mengambil keputusan untuk bekerja di warung Kak Siah yang juga merupakan seorang janda. Hubungan baik yang dijalinkan itu akhirnya membuatkan kedua-dua orang isterinya mengesyaki sesuatu. 

Meraka merasakan yang suami mereka curang dan ingin menambah ‘cawangan’ baharu, Khaty dan Mona akhirnya berpakat untuk menculik Kak Siah bagi membalas dendam kerana cuba merampas suami mereka.

Ketika dalam perjalanan masuk ke hutan, Khaty, Mona dan Kak Siah diculik pula oleh penculik yang berhadapan dengan masalah kewangan. Satu persatu konflik bermula apabila Amran cuba menyelamatkan ketiga-tiga wanita tersebut. 

Ketika mahu menyelamatkan mereka, berlaku beberapa kejadian sehingga menyebabkan perubahan besar kepada hidup Amran.

Ikuti kesudahannya dalam Telefilem Isteri-Isteriku di TV9 pada 6 Oktober, jam 8:30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)