Filem Air Mata Di Ujung Sajadah Buat Penonton Tumpah Air Mata

Azhafizah MN
By -
2
Filem Air Mata di Ujung Sajadah, filem yang sedang viral dimana ramai penonton yang tumpah air mata menontonnya. Filem yang bermain emosi terutamanya seorang ibu dan wanita. Sampaikan air mata jantan pun boleh tumpah!

Filem Air Mata Di Ujung Sajadah Buat Penonton Tumpah Air Mata

Turut viral lagu Dawai yang merupakan Original soundtrack (OST) Filem Air Mata Di Ujung Sajadah di platform aplikasi TikTok.

baca juga 
lirik lagu Dawai (OST) Air Mata Di Ujung Sajadah

Betul-betul meruntun emosi ye tengok Filem ni. Siapa dah tengok? Tapi ada juga penonton yang merasakan sebaliknya. Kisah sedih bertukar lucu bila dirasakan ada beberapa scene CGI tak menjadi dan kurang penjiwaan watak. 

Lain orang lain penerimaannya bukan. Filem Air Mata Di Ujung Sajadah ini mula ditayangkan di Indonesia pada 7 September 2023, di Malaysia 11 Oktober 2023 dan Singapore pada 12 Oktober 2023.

PELAKON DAN WATAK

  • Titi Kamal sebagai Aqilla
  • Fedi Nuril sebagai Arif
  • Citra Kirana sebagai Yumna
  • Jenny Rachman sebagai Eyang Murni
  • Faqih Alaydrus sebagai BaskaraAxel Mariani sebagai Baskara (18 tahun)
  • Krisjiana Baharudin sebagai Arfan
  • Tutie Kirana sebagai Halimah
  • Mbok Tun sebagai Mbok Tun
  • Carol Sahetapy sebagai Bibi
  • Krisjiana Baharudin sebagai Arfan
  • Fanny Fadillah sebagai Teman kantor arif

SINOPSIS AIR MATA DI UJUNG SAJADAH

Mengisahkan tentang Aqilla yang dibohongi oleh ibunya sendiri, Halimah bahawa bayinya dengan Arfan meninggal kerana sebuah alasan. 

Halimah telah menyerahkan bayi Aqilla untuk diasuh oleh pasangan Arif dan Yumna yang sudah lama ingin mempunyai anak. Tujuh tahun kemudian, Aqilla mengetahui bahawa anaknya, Baskara masih hidup. 

Aqilla berusaha mendapatkan anaknya kembali, namun di sisi lain dia tidak sanggup meragut kebahagiaan keluarga Arif, Yumna dan Eyang Murni. 

Sementara itu Arif dan Yumna juga tidak sanggup kehilangan Baskara, namun mereka juga merasa bersalah telah merebut satu-satunya kebahagiaan Aqilla.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Film ini ga banyak promosi di Indonesia, dan jujur saya baru tahu ada movie ini pas teman blogger Malaysia kak ezna nulis ttg ini 🤣🤣. Krn memang ga banyak pemberitaannya di sini. Ntahlaah, kenapa ga terlalu dipromosiin, penontonnya lumayan sih 2 juta, mungkin bisa lebih kalo dipromote kemana2.

    Tapi saya tak nonton kak, Krn pemerannya itu, kenapalah hrs Fedi Nuril hahaha. Tak suka memang dengan aktor ini 😅. Nanti nak baca spoiler nya saja, penasaran endingnya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Saya ingatkan dah cukup popular di sana sebab keluar tayangan awal dari di sini. Mungkin promosi lebih banyak di luar. Saya hanya kenal Titi Kamal sahaja.

      Delete
Post a Comment