Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi (TV1)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi bersiaran pada 7 Oktober 2023, jam 10:00 malam di slot panggung RTM TV1 dan online di RTMKlik.

PINJAMKAN AKU PELANGI

Telefilem/ telemovie ini disiarkan sempena meraikan sambutan Hari Sukan Negara 2023 diarahkan oleh Amie Maziah Abdul Rahman. Idea asal telefilem ini daripada Firah Misu, Skrip pula hasil nukilan Lynnda Sharudin dan diterbitkan oleh syarikat produksi Alliance Concord Media Sdn. Bhd.

Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi (TV1)

PELAKON

Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi menampilkan barisan para pelakon seperti Danish Hazriq, Muhammad Ariff Abdullah (Buntat), Putri Qaseh Izwandy, Nafiz Muaz, Didi Astilah, Mubarak Majid, Kuza Muzani, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah dan ramai lagi.

SINOPSIS PINJAMKAN AKU PELANGI

Memaparkan kehidupan seorang pelajar bernama Fuad yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain badminton. Fuad tinggal bersama ibu, ayah dan seorang adik perempuan, Munirah.

Sementara itu, Shahizam pula seorang pelajar yang baru berpindah dari bandar ke kampung. Dia mula berkawan dengan Fuad. Shahizam mula membiasakan diri dengan kehidupan di kampung.

Shahizam bangga dengan Fuad kerana mempunyai cita-cita yang tinggi walaupun hidupnya serba kekurangan. Malangnya hubungan baik Shahizam dengan Fuad kurang disenangi oleh ibu Shahizam.

Dia memarahi Fuad kerana berkawan dengan anaknya. Fuad yang kesedihan kemudiannya berjalan pulang ke rumah. Namun tanpa diduga dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Shahizam sangat sedih dan berjanji untuk merealisasikan impian Fuad. Begitupun adakah dia berjaya mencapai impian arwah sahabat baiknya itu?

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment