Gadgets

BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum Untuk Peminat Bauan Vanilla

Pengaruh rakan sebaya tu benar ya teman-teman. Nampak kawan beli BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum, kita pun terus nak membeli. Sebelum tu, kenalah survey dulu bauan dia macamana. Selepas membaca review BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum (EDP) dari website Sephora, confirm nak beli EDP Billie Eilish ni disebabkan bauan vanilla.

Selaku peminat bauan vanilla yang dulunya setia dengan Vanilla perfume The Body Shop, memang nak sangatlah beli BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum.

BILLIE EILISH, Eilish Eau De Parfum

BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum juga dikenali dengan BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum No.1 yang dikeluarkan pada tahun 2021 untuk perempuan. Eilish No 2 by Billie Eilish is a Woody Floral Musk fragrance pula dikeluarkan pada tahun 2022 untuk lelaki dan perempuan.

Bauan Eilish Eau De Parfum No.1 terdiri daripada bauan vanilla, soft spices and cocoa. Bau vanilla yang agak kuat dengan soft spices. Bauan dia pun tahan lama dari pagi sampai ke petang. Dengan sekali semburan pun bauan dia dah harum semerbak. 

Disebabkan nak rasa-rasa baunya, kita beli yang saiz 30ml dulu.

BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
top view box

Selain terpengaruh dengan review bauan tu, design botol Eilish EDP ni pun menarik iaitu rupa paras Billie Eilish.
BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
rupa paras selepas penutup dibuka
BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
backview
BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum
sideview

Love teruk dengan bauan vanilla dengan soft spice BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum ni. Bau dia tahan lama dan tak menyengitkan hidung. Saya suka! Boleh repeat membeli nanti. Sebagai peminat bauan vanilla, saya approved bau BILLIE EILISH Eilish Eau De Parfum.

Nanti nak beli saiz 10ml juga boleh letak dalam handbag sebab bentuk botolnya biasa je. Untuk saiz 30ml dan keatas, bentuk botolnya macam dalam gambar. Untuk harga, sila terjah website Sephora.

Beli pun sebab encik suami pun suka bauan vanilla dari dulu. Jimat dah kongsi perfume yang sama. Kalau suka bauan vanilla yang soft sikit boleh cuba warm vanilla Bath & Body Works Pun best juga bau dia.



4 comments:

  1. Woww..Sekarang, saya pulak yang Tergoda nak membelinya ek 😂 Nanti free free nak survey jugak laaa...Macam dah Tergoda ni..Bauan vanilla pun saya suka jugak...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.