Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Azhafizah MN
By -
4
Surat Dari Tuhan

Tonton Drama Surat Dari Tuhan, drama terbaharu di slot Samarinda TV3 mula bersiaran pada 30 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam dan online di Tonton.

Surat Dari Tuhan 30 episod ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd. Skrip pula ditulis oleh Rozie Rashid bersama Soula Nordin.

CAST/ PELAKON DAN WATAK

Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Wanns Ahmad ,Trisha Oo, Sheila Hassan, Balkisyh Semundur Khan, Qistina Raisah, Shahidan Izwan, Qayra El, Meor Mohd, Nik Ramly Rejab, Arash Mohd dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Ryan
  • Janna Nick sebagai Misha
  • Ummi Nazeera sebagai Suzana
  • Wanns Ahmad sebagai Uzair
  • Trisha Ooi sebagai Rifqa
  • Sheila Mambo sebagai Rafilah
  • Nur Qistina Raisah sebagai Rania

SINOPSIS SURAT DARI TUHAN

Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah dengan memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya. Perkara ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung.

Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar. Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.

Situasi menjadi lebih buruk lagi apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.

Bukan hanya itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.

Ikuti kisahnya dalam Drama Surat Dari Tuhan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment