Gadgets

Selamat Hari Kopi Sedunia 2023 (Happy International Coffee Day 2023)

Selamat Hari Kopi Sedunia 2023 (Happy International Coffee Day 2023)

1 Oktober merupakan sambutan Hari Kopi Antarabangsa atau International Coffee Day bagi meraikan kopi sebagai minuman. Juga dikenali sebagai Hari Kopi Sedunia atau World Coffee Day

Tarikh rasmi pertama Hari Kopi atau International Coffee Day disambut pada 1 oktober 2015 seperti yang dipersetujui oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.


International coffee day activities/Campaigns

Hari Kopi juga digunakan untuk menggalakkan kopi perdagangan wajar dan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib petani kopi.

Menariknya pada sambutan Hari Kopi, banyak perniagaan menawarkan cawan kopi percuma atau diskaun. Sesetengah perniagaan kopi berkongsi kupon dan tawaran istimewa melalui rangkaian sosial. Selain itu, sesetengah syarikat kad ucapan menjual kad ucapan Hari Kebangsaan Kopi serta kad e-kad percuma. 

Peminat kopi, jangan lupa serbu kedai Kopi kegemaran untuk nikmati kopi dengan diskaun. 

10 fakta mengejutkan tentang kopi

  1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.
  2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.
  3. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.
  4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!
  5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water).
  6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.
  7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.
  8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).
  9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.
  10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.
kredit : sumber

Ayat Pickup line kopi

Lelaki : Hey honey.
Perempuan :Yea?
Lelaki : You’re the susu and sugar in my kopi, without you I’m kosong”

"Kopi apa yang paling pahit?
Kopilih dia daripada aku."

Perempuan : Kamu lebih suka mocha atau kopi?
Lelaki : Wah… dua-duanya saya suka ni. Hmm… Aku pilih kopi aja.
Perempuan : Kopi?
Lelaki : Kupinang (sebut ‘kopinang’) kau dengan Bismillah!

sumber info International Coffee Day : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kopi_Antarabangsa

8 comments:

  1. Wah, pagi-pagi datang sini dihidangkan dengan cerita tentang kopi yang sangat menarik. Rasa kopi berbeza di setiap negara mengikut jenis, cara proses dan penyediaannya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut kopi, terus teringat ingat bau kopi kan Kak Amie. Seronok kalau dapat merasa kopi berjenis jenis.

      Delete
  2. Semalam baru buat pickupline pada member Cuya

    " Syaza, kenapa kopi ni pahit?"
    "Tak tahu.."
    "Sebab yang manis tu Syaza"

    kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciaa ciaa ciaa... kemain manis berpickup line eh..hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.