Gadgets

Algorithm Google October 2023 Berubah, Pageviews Blog Merundum Dan Banyak Link Entry Hilang Dalam Carian Google

Merujuk kepada tajuk, benda tu terjadi pada blog korang tak? Saya perasan sejak minggu lepas kot kalau tak silap. Pageviews blog mula merundum. Boleh dikatakan menurun lebih dari 50% macam tu.

Tak ada ubah apa-apa pun. Tahu-tahu menurun gitu je. Stress pula kita wak! Tapi masih berfikiran positif. Biasalah kan dunia blog ni ada turun naiknya. Begitu juga dengan mood. Kejap rajin, kejap malas, kejap writer's block.

Algorithm Google October 2023 Berubah

Saya fikir mungkin algorithm google berubah. Ye, memang betul pun. Algoritma Google sentiasa berubah-ubah seiring waktunya demi menjaga kualiti. Jadi, tak peliklah kenapa semua itu berlaku.

Itulah kesannya bila Algorithm October 2023 berubah. Bukan je pageviews menurun dengan banyaknya. Malah, banyak juga entry yang lama-lama hilang dalam carian google. Bila algo berubah, blog yang dah index pun lambat nak muncul dalam google. Katanya dah selesai tapi sampai ke harini macam tu juga pergi dia. Kadang ada, kadang tak ada. Daripada hantaran X di atas, rupanya ramai blogger mengalami masalah yang sama.

Bertabahlah menghadapi masalah ni. Tetaplah semangat berblogging. 

8 comments:

  1. Kiranya benda yang berkaitan teknologi internet ni sangat cepat berubah kan. Tak terkejar rasanya nak fahamkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, itulah tu. Terpaksalah kita hadap masalah ni kan kak.

      Delete
  2. Yaa Fizah sama dengan Sis juga, sampai takut nak ubah dan adjust apa-apa.. ingatkan sejak tukar G4 tu jadi slow.. tapi tak tau laa.. lagi tak update, lagi menurun.. so kita update je macam biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba dia buat hal pulak kan. Sabar je lah. Marilah kita update macam biasa. Harap cepatlah pulih.

      Delete
  3. Patutlahhh.. Kena lebih gigih ke ni.. huhu...

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama tak cek itu semua kak fizah. Selama ini menulis ya hanya untuk hobi Saja. Masalah pageview, dan other technical points, apalagi aturan baru algoritma Google, saya tak ikuti lagi updatenya 😅. Pusiiing, malah tak menulis2 nanti 😂. Dah laaah yang penting saya fokus dengan kualitas konten. Itu saja 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..faham faham..Menulis santai-santai dan sebagai hobi je kan. Biar tak pening memikirnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.