Filem Memburu, Tiada Sesiapa Akan Terlepas

Azhafizah MN
By -
8
Filem Memburu, sebuah filem seram ditayangkan pada 19 Oktober 2023 di saluran 480 Astro First arahan pengarah SK. Idea asal filem seram ini dicetuskan oleh Jaafar Taib, juga selaku penulis skrip dan diterbitkan oleh syarikat produksi BR-V Immortal Production.

Filem Memburu Tiada Sesiapa Akan Terlepas
sumber : Astro

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi, Puteri Sarah Liyana, Shah Iskandar, Soffi Jikan, Serra Kamal, Cathy Ikhwan dan ramai lagi.

  • Fauzi Nawawi sebagai Ridzuan
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dr. Azizah
  • Shah Iskandar sebagai Dr. Hanif
  • Soffi Jikan sebagai Bomoh
  • Serra Kamal sebagai Mastura
  • Cathy Ikhwan sebagai Anggun

SINOPSIS MEMBURU

Mengisahkan tentang Ridzuan iaitu seorang ayah yang sanggup melakukan apa saja demi anaknya. Seorang ayah yang seringkali membuat keputusan yang salah dalam situasi putus asa dan akhirnya memakan dirinya sendiri dan anak kesayangannya.

Filem Memburu, Tiada Sesiapa Akan Terlepas
sumber : Astro

Selain itu, kisah seorang gadis malang dikorbankan sebelum dia dapat memenuhi hajat ibunya. Seorang doktor yang tamak pulak mengambil kesempatan untuk menghasilkan keuntungan jutaan ringgit hanya untuk hidup dalam kemewahan.

Saksikan bagaimana keegoisan dan keserakahan mereka, sanggup membunuh seorang gadis miskin dengan kejam dan Rohnya bangun dari persemadiannya untuk menuntut bela dan membunuh pengkhianat disebalik mautnya.

Ikuti kisahnya dalam Filem Memburu tayangan pada 19 Oktober 2023 di Astro First.
Tags:

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment