Jambu Batu Dan Serbuk Asam Tak Dapat Dipisahkan

Menurut kajian, kajian siapa saya tak pasti. Sebiji jambu batu mengandungi 4 kali ganda lebih banyak berbanding buah oren. 10 kali lebih banyak Vitamin A berbanding buah lemon.

Pendek kata, buah jambu batu mengandungi Vitamin A dan C yang tinggi yang boleh memenuhi 3 kali lebih keperluan seharian. Sejenis buah tropika yang kaya dengan nutrisi yang kita perlukan.

Siapa suka buah jambu angkat tangan. Yeay, boleh geng dengan saya! Sebelum ni saya pernah merasa buah jambu batu tanpa biji tapi tak kena dengan selera. Tetap nak juga buah jambu yang biasa. Ada biji pun takpe lah. Asalkan rangup.

Lagipun jambu batu biasa ni lebih murah berbanding jambu batu tanpa biji. Ingat lagi zaman sekolah dulu orang jual sepotong 20 sen je. Lepas tu letak serbuk asam extra. Kalau ada orang jual buah potong jambu batu mesti ada jual air buah jambu batu. Tapi tak pernah pulak beli air jambu. 

Minum air jambu batu merah pernah lah. Itupun yang minuman dalam kotak. Buah jamabu batu merah @pink guava tak pernah rasa yang buah fresh lagi. Macam jarang je jual kat Malaysia ni. Kan?

Jambu Batu Dan Serbuk Asam

Selagi ada stok serbuk asam, baki beli jeruk mangga asam boi haritu. Selagi itulah makan buah dengan serbuk asam. Jambu batu ni kalau tak ada serbuk asam macam tak sedap lah pulak kan. So dia punya nutrisi lari kemana agaknya? Cuba jawab kalau tahu.

Jambu Batu Dan Serbuk Asam

Suka dengan serbuk asam local produk. Tu yang nampak lain sikit. Homemade guna gula kasar agaknya. Pernah beli kat pasaraya tapi tak masin terlebih. Selalu letak serbuk asam sikit je lah. Hujung hujung sudu bagi ada rasa sudah.

Biji tu nak senang buang, gunakan sudu. Mudah dan cantik hasilnya.

52 comments:

  1. jambu batu ni byk fiber.. sbb tu suka mkn.. dan semestinya kena ada serbuk asam ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya la haii jambu ni.. Eh fizah x suka xde biji eh? Haha k ret suka yg seedless ni senang kunyah2 terus telan.. Klu yg berbiji k ret slalu akan buang biji2 dia dl heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang xde biji tu kurang rangup KakRet. Senang tu memang senang nak makan tapi tak feel kerangupan tu. Yang berbiji memang kena buang lah bijinya. hihi

      Delete
  3. yessss
    memang tak boleh dipisahkan he hee
    cik nur pun suka

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Nanti beli barang jangan lupa letak buah jambu batu dalam list :)

      Delete
  5. Saja tau kak Fizah ni buat kita kecur air liur.Hu3 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunn..semoga ada rezeki Syu dapat makan jambu batu jugak

      Delete
  6. Oo..ada beza ya serbuk asam local. Akak ni jarang beli serbuk asam, jadi tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak. yang biasa kat pasaraya tu macam halus serbuk asam dia. Yang local produk ni biasa homemade agak kasar sikit.

      Delete
  7. Jaman kecik2 dulu makan buah jambu batu kampung atas pokok aje
    Takde asam2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok wak camtu. Dok kampung petik je sambil makan atas pokok.

      Delete
  8. Pernah makan buah jambu merah muda yang segar. Ada ekspo jual tapi lama sudah.
    Aha dahulu jambu 20 sen atau 30 sen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap makan yang fresh tu kan kak. rindu zaman murah murah dulu.

      Delete
  9. Cantik betul gambar. Lama tak makan jambu batu. La ni mcm renyah betul nak g kedai sebab dok takut covid. Btw sis guna camera apa ya tangkap gambar selawa gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih. Saya shoot guna iPhone 12 Pro Max.
      Betul, renyah dan terus rasa malas nak keluar pun. Takpe, nanti kot terbeli barang boleh beli buah jambu batu sekali :)

      Delete
  10. Dari jauhh dah rasa serbuk asam tuuuu, buat air pun sedap ni!

    ReplyDelete
  11. Masya Allah. Daku melihat di malam hari. Apakah ini...

    ReplyDelete
  12. Nmpak sedap .memang selalu makan buah jambu kena ada serbuk asam lagi bertambah sedap

    ReplyDelete
  13. Rasanya zaman sekolah yang kita belajar buah jambu batu 4 kali vitamin c berbanding oren. Saya suka je yang xde biji tu. Tapi susah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak fakta tu Sal. Otak tak function nak ingat semula. Kat sini banyak pulak seedless guava. Tengok tempat juga.

      Delete
  14. nampak tu teringat lak jambu asam boi yang biasa beli dekat opis, sejak pkpd ni tak jumpa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..sedih bila pkp ni banyak peniaga kecil dah kurang berniaga.

      Delete
  15. Akak suka jambu batu. Kalau jumpa memang akan beli. Jambu batu dan serbuk asam geng kamceng yang paling ngam :)

    ReplyDelete
  16. Baru makan tadi... Tapi makan dengan asam brand Pak Cu... hihi.. Sedap jugak.. tapi kalai takda asam pun saya telan jugak

    ReplyDelete
  17. buah jambu ni kalau makan dengan serbuk asam boi lagi sedap rasanya drp makan begitu saja. tak saya tak minat jambu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagi sedap ada asam. Takpe, faham selera lain lain :)

      Delete
  18. Teringat zaman sekolah rendah. Cikgu kata vitamin sebiji buah jambu bersamaan dengan 6 biji buah epal. Sedapnya jambu batu cecah serbuk asam. uah keemaran Abang Farid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Kak Amie masih ingat lagi. Kann..sedap betul jambu batu cicah serbuk asam. ohh favourite raja ayam juga ye.

      Delete
  19. Mmg suka combo ni sejak kecik lg, tapi disebabkan usia dah meningkat, akak makan jambu kosong je. Tpaksa control... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Takpe kak, makan kosong pun sedap dah.

      Delete
  20. Kalau dapat jambu batu lohan, pergh!! memang best.. rangup dan manis..
    Kalau serbuk asam pula suka beli yang dekat 99speedmart..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu batu Lohan tak pernah rasa lagi KakSha. Speedmart ada ye yang sedap. Nak carilah. Tq share.

      Delete
  21. Lama akak tak makan buah jambu batu. Kalau travel lalu highway baru nampak orang jual. Memang sedap, makan dengan serbuk asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak..kalau travel jauh singgah R&R memang beli buah. Tabur serbuk asam tu wajib :)

      Delete
  22. Esok cadang nak pi Zemart..bleh la cari buah jambu dan asam boi...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  23. sedap ni..kalau jumpa kedai jambu tepi jalan mesti singgah nak beli..hehe

    ReplyDelete
  24. Cantiknyaaaaaa view. Sedapppp tu. Da lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..menepati selera kalini. Nanti boleh buahanya nad. jangan lupa asam sekali

      Delete
  25. Jambu batu kalau keras memang sedap dan ranggup. Tak suka yg lembik2. Serbuk tu suka letak banyak baru best

    ReplyDelete
  26. wak jarang pakai asam.. makan jambu gitu je.. 😅

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.