Selamat pagi semua. Sarapan apa di hari cuti ni? Lately rasa macam kurang selera makan. Dahlah tak ada selera makan, nak makan apa pun tak tahu. Selera dah mula menjauhkan diri. Dia macam tu lah. Kejap ada selera, kejap tidak.
Macam teringin pula nak makan lauk-lauk kampung yang jarang masak. Tapi bukan masak sendiri, nak orang lain masak especially family lah. Kadang jemu dengan masakan sendiri. Rindu masakan mak..huwaaa...
Sebelum kita emosi, baiklah kita teruskan dengan cerita si ubi keledek manis ni. Nama dia purple sweet potato. Haritu terbaca blog Carneyz, dia masak keledek guna air fryer. Kebetulan pula malam sebelum tu ada beli keledek ungu ni sebab teringin nak makan keledek manis.
Sebelum ni ada nampak juga di TikTok orang share cara masak keledek guna air fryer je. Baca pula blog Carneyz lepas tu kan, teruslah merajinkan diri masak. Bila dah rajin tu jangan ditangguh-tangguh, nanti dia bertukar hasrat pula.
Saya beli purple sweet potato produk dari Indonesia beli di Jaya Grocer. Saya suka beli keledek manis ungu/ purple sweet potato berbanding isi warna kuning tu. Beli saiz kecil-kecil macam ni senang cepat masak dan sesuai untuk porsi sekali makan.


Masak ubi keledek manis guna air fryer

- Basuh bersih, potong kedua-dua hujung. Toreh melintang untuk memudahkan proses buang kulit nanti. Masak selama 20 minit dengan suhu 200°C.
- Selepas 20 minit, keluarkan keledek.
- Rendam keledek dengan air sejuk selama 5 minit.
- Masukkan semula keledek dalam air fryer. Letak yang bahagian atas tu kat bawah pula. Biar sekata masaknya. Masak selama 18 minit dengan suhu 180°C.
- Keledek masak empuk sepenuhnya.

Masak elok empuk. Sedap makan panas-panas. Terasa manisnya cuma kurang caramelized. Mungkin tu jenis keledek kuning je kot. Tak kisah lah tu, janji sedap di makan. Tapi yang tak bestnya dia macam kering sikit.
Saya lebih suka rasa keledek rebus yang dimasak dengan kaedah tradisional. Rebus macam biasa. Lebih sedap empuknya tu, lebih lembut dan tak kering sangat. Kalau ikutkan tempoh masa masak tu lebih kurang je.
Ikutlah selera masing-masing dengan kaedah yang mana lebih mudah. Saja nak cuba masak keledek guna air fryer. Lagipun dah lama air fryer tu terbiar sepi kan. Eloklah kita bagi dia buat kerja sikit. Tengok keledek ni macam teringin jacket potato lah pula.
0 Comments