Sudahnya saya beli lah buah epal hijau buat lepas teringin. Semalam teringat nak contact sorang lagi seller yang pernah saya beli buah buahan segar masa PKP1.0 tahun lepas. Alhamdulillah ada stok jeruk mangga asam boi. Tapi bukan mangga lemak, mangga susu.
Saya order 3 bungkus terus, alang-alang kena bayar charge delivery. Simpan buat stok. Harap bertahanlah rangup dia.
Mangga lemak manis vs mangga susu
Sama ke mangga lemak dengan mangga susu? saya tanya. Katanya tak sama. Dan rangup manggu susu sedang sedang saja. Tak serangup mangga lemak. Errmm...fikir pun fikir, order je lah. Janji mangga tu rangup dan sedap lebih kurang.Saya order 3 bungkus terus, alang-alang kena bayar charge delivery. Simpan buat stok. Harap bertahanlah rangup dia.
Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10
- lebih kurang 1 biji setengah mangga susu
- 3 biji limau kasturi yang dah dipotong
- 1 tangkai cili api pedas
- 1 bungkus serbuk masam manis
- 2 biji asam boi
Jeruk mangga susu colek, hanya potongan buah mangga susu dan colek sahaja. RM10.
Colek dia agak manis bagi saya, tak cukup pedas. Kena adjust letak cili potong baru menepati selera saya yang suka pedas. Nampak macam dicampurkan dengan udang kering. Lebih kurang macam pencicah rojak buah. Cuma colek ni versi cair sikit.
Betullah apa yang dikata, buah mangga susu ni tak serangup buah mangga lemak. Yang saya beli ni agak masak sikit, kurang rangup. Mungkin kalau muda dan hijau sikit lagi rangup lah kot. Ada jugak rasa masam sikit.
timm minggu ni makan mangga je non-stop, org bagi..yumss..
ReplyDeleteKak Az punya skill gambar memang mantap, tengok je boleh kecur habis air liur. Nak stalk lah berkat istiqomah tu. mana tau boleh angkat satu dua
ReplyDeleteAlamak..menjejes air liur..walau tak cukup muda tapi nampak rangup gak tu kan...terus akak rasa teringin..dalam musim2 covid ni elok makan jeruk yang ada bacaan PH 9 kalau x salah...eee..nak cari mangga muda laa
ReplyDeleteSedapnya . Lagi sedap cicah dengan garam belacan . Hadoii terliur terus
ReplyDeleteterliur tengok Jeruk Mangga Susu Asam Boi ...telan air liur je la hehe.nak cari buah tu payah kt sini
ReplyDeleteSedap juga layan mangga macam ni. Kat Manjung pun ada orang jual dalam bekas macam ni, Fizah. Harga pun sama, RM10 juga. Dia jual kat traffik light. Bila orang berenti lampu merah je, boleh beli. :)
ReplyDeleteLama tak makan jeruk dan asam. Terliur pulak tengok.
ReplyDeleteSaya pun suka makan jeruk-jeruk ni..
ReplyDeleteammvoiii, kecur tengok asam boi dgn jeruk mangga colek tuuh
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaa, tambah dengan colek dan jeruk asam boii, lagi double triple sedappppp!
ReplyDeleteterliur tgokkk!
ReplyDeletedulu sebelum musim covid sllu jgk beli jeruk mangga yg jual kat traffic light tu..
dh lame xmkn..
mangga lemak mmg xde tandingan.. rangup dia tu.. fuhhh sedap!
kalo mangga susu ni sy suka buat ciken mango.. hihi
Terasa kemasaman di mulut apabila baca ada limau kasturi, asam boi an serbuk asam. Hehe mesti masam sangat.
ReplyDeletemak aiii tgk mangga tu tertelan air liur dah ni..
ReplyDeletenak2 warna nya pun menyerlah kesedapan nya...
janji jgn masam dah le :p
klu masam, ok sesuai cicah ngan colek nk hilangkan masam mangga :p
Sedapp tambah tambah masamm pulakk
ReplyDeletesedap tu..mangga jeruk
ReplyDeletesedapnya jeruk mangga tu
ReplyDeleteok, ini sangat sedap ye. ngencem mama baca
ReplyDeleteyg colek tu x menahan tgk..sedapnyaaaa :)
ReplyDeleteAaaa. kan dah teringinnnn.. nak kena cari nih
ReplyDeleteUishhh terliur tgk
ReplyDeleteKalau Sha, dah namanya mangga semuanya sedap.. kikiki..
ReplyDeleteVersi colek tu nampak mengancam.. Lama pula tak mencolek..