Filem Seandainya Kau Ada

Seandainya Kau Ada, sebuah filem adaptasi novel karya Hajah Kamsiah Abu yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula pada 29 April 2021, khamis ini. Seandainya kau ada full movie boleh juga strim di Astro Go atau On Demand.

Film Seandainya kau ada menampilkan pelakon Raysha Rizrose, Nur Ruhainies, Aidit Noh, Shah Iskandar, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Haris Ismail, Scha Elinnea, Daler Yusof, Ali Reza, Fendi Seman, Fahrin Ahmad, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem Seandainya Kau Ada

FILEM SEANDAINYA KAU ADA

Mula tayangan : 29 April 2021
Penulis skrip : Marr Mohamad
Penulis novel : Hajah Kamsiah Abu
Pengarah : Haji Zeel & Chad Abdul Rahman
Paroduksi : Zeel Production
Genre : Romantis Islamik

SINOPSIS SEANDAINYA KAU ADA

Syahirah (Raysha Rizrose) mencintai Fazlur (Fendy Bakry) sejak kecil. Hubungan mereka bertambah rapat lagi bila Fazlur menyambung pelajaran ke Uzbekistan. Fazlur juga berjanji untuk berkahwin dengan Syahirah bila pulang ke tanahair nanti.

Akan tetapi semuanya berubah bila Fazlur ditangkap khalwat bersama Rozita (Nur Ruhainies) di hari perkahwinan mereka. Fazlur terpaksa bernikah dengan Rozita. Syahirah kecewa dan membawa diri ke Uzbekistan.

Sepanjang 5 tahun berada di Uzbekistan, Syahirah berkenalan dengan Iskandar (Aidit Noh) seorang pemuda Malaysia yang berjaya membuka pintu hati Syahirah menerima cintanya. Syahirah percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah dan pulang ke Kuala Lumpur untuk berkahwin dengan Iskandar.

Namun, Syahirah terkejut bila mendapat tahu punca sebenar Fazlur terpaksa berkahwin dengan Rozita dan meninggalkannya dulu.

PELAKON DAN WATAK

  • Fendy Bakry sebagai Fazlur
  • Raysha Rizrose sebagai Syahirah
  • Aidit Noh sebagai Iskandar
  • Nur Ruhainies sebagai Rozita
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Syahirah
  • Rozita Che Wan sebagai Mak Iskandar
  • Shah Iskandar sebagai Rizman
  • Haris Ismail sebagai Doktor Haris
  • Scha Elinnea sebagai Tengku Suraya
  • Daler Yusof sebagai Doktor Andrew
  • Ali Reza sebagai Ali
  • Fendi Seman sebagai Ayah Syahirah
  • Fahrin Ahmad
  • Azhan Rani

LAGU TEMA (OST) SEANDAINYA KAU ADA

Lagu : Kuasa Cintamu

Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Lirik : Dato Sri Siti Nurhaliza / Melly Goeslaw
Komposer : Melly Goeslaw

10 comments:

  1. Lama tak nampak fendy bakry tu berlakonnnnn, last Mr Grey kot hahaha.
    Ooooo adaptasi daripada novel, comel je nama ruhainies as rozita dalam cerita ni :D

    ReplyDelete
  2. Saya hadir ke sini sebab ada pos baharu. Nak komen pasal drama, filem tak pandai sangat sebab jarang menonton. ��

    ReplyDelete
  3. mcm menariks je. pelakon pun not bad..

    ReplyDelete
  4. alamaakkk kita suka la fendy ni.. tp x leh tengokkk huuuwaaaa hahaha

    ReplyDelete
  5. dah lama benar tak keep up perkembangan drama n movie di Malaysia heeh..

    ReplyDelete
  6. tak tgk lagi cita ni, tapi suka raysha berlakon

    ReplyDelete
  7. Ramai komen sedih cite ni...
    Saya suka pelakon yang berlakon dalamni.. huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.