Drama Kisah Rumah Tangga

Drama 'Kisah Rumah Tangga', drama terbaharu akan bersiaran pada 12 April 2021 nanti di Astro Ria. Drama kisah rumah tangga akan memaparkan kisah berbeza setiap 5 episod. Jumlah episod ada 25, jadi ada 5 kisah dalam drama kisah rumah tangga ni.

Kisah rumah tangga menampilkan lakonan Naqiu, Intan Najuwa, Azad jasmin, Eira Syazira, Hannah delisha, Shiqin Kamal, Faizal Hussien, yusuf Bahrin, Hafreez Adam,Shaza Bae dan ramai lagi. 

Drama Kisah Rumah Tangga

Semakin banyak drama lakonan Naqiu sekarang ni. Intang Najuwa pun tengah trending dalam drama tak sempurna mencintaimu. Best jugak tengok drama tu.

Menariknya, drama kisah rumah tangga ni arahan Waan Hafiz, Aziz M.Osman dan Uchee Fukada yang berlakon watak Kak Jo dalam drama takdir yang tertulis.

DRAMA KISAH RUMAH TANGGA

Jumlah episod : 25
Mula tayangan : 12 April 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran TV : Astro Ria HD 104 & SD 124
Pengarah : Waan Hafiz, Aziz M. Osman, Uchee Fukada
Produksi : Radius One

SINOPSIS KISAH RUMAH TANGGA

Memaparkan kisah rumah tangga yang sebenar terjadi di Malaysia dan yang viral.

Mencantum Cinta
Pengarah : Aziz M. Osman
Pelakon: Naqiu Mohd, Intan Najuwa, Sheila Mambo, Asyiqin Zaed, Shah Iskandar, Kasseh Kishreena

Abah Kau Mak Kau Family Kita
Pengarah : Waan Hafiz
Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Cassia Iman, Hana Tiha, Sheikh Baseer

Azan Rumah Abah
Pengarah : Uchee Fukada
Pelakon: Faizal Hussein, Dato Rahim Razali, Shiqin Kamal, Zarynn Min, Mak Wan

PELAKON KISAH RUMAH TANGGA

  • Naqiu
  • Intan Najuwa
  • Azad Jasmin
  • Eira Syazira
  • Hannah Delisha
  • Shiqin Kamal
  • Faizal Hussein
  • Hafreez Adam
  • yusuf Bahrin
  • Shaza Bae

14 comments:

  1. Bagus... saya suka jugak cerita genre camni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Moga moga ada pengajaran yang boleh diambil daripada drama ni :)

    ReplyDelete
  3. wahh...naqiu... tapi masa dulu lagi suka new boys dari boboy

    ReplyDelete
  4. makin laku naqiu sekarang, dulu menyanyi je sekarang siap berlakon...

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar dulu,macam pernah tengok hero ni..
    Naqiu rupanya..haha

    ReplyDelete
  6. nice info..suke tgk cite yg berkisah kan rumahtangga ni...x sbr nk tgok :)

    ReplyDelete
  7. walau tak suka genre ni, tapi nak tgk juga la haha

    ReplyDelete
  8. Hehe ada juga pasangan suami isteri sebenar berlakon bersama.

    ReplyDelete
  9. 2-3 kali tgk betul ke tu naqiu hhehehe

    ReplyDelete
  10. tgk juga..yg drama pkl7 tu..tgk dlm stgh jam je sempat hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.