Delen

Delen, telefilem pertama arahan Janna Nick akan bersiaran di saluran Astro Citra sabtu ini 13 Februari 2021 jam 9:00 malam. Bukan hanya mengarah, telefilem Delen juga adalah terbitan pertama syarikat milik Janna Nick sendiri iaitu Janna Nick Studios.

Musim Janna Nick ye sekarang? Drama Melastik ke Hatimu baru je habis dan Marry Me Senorita masih lagi belum habis ditayangkan.

Telefilem Delen menampilkan pelakon utama Janna Nick, Sean Lee, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Adik Janna Nick, kissya nick juga turut berlakon dalam Telefilem Delen.

Genap 10 tahun Janna Nick dalam bidang seni, tahun 2021 Janna mula menceburkan diri dalam bidang pengarahan dan penerbitan. Pelakon, pengarah, penerbit, pengacara, penyanyi semua Janna Nick tapau dalam usia 26 tahun. 

Telefilem Delen Astro Citra Exclusive Arahan Janna Nick
sumber : google

TELEFILEM DELEN

Waktu Tayangan : 13 Februari 2021 (Sabtu), jam 9:00
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Nurul Jannah Muner @Janna Nick
Penerbit : Janna Nick Studios
Genre : komedi romantik

PELAKON DAN WATAK

Sean Lee sebagai Delen
Janna Nick sebagai Emily
Dini Schatzmann sebagai Robert
Sherry Al Hadad
Mark Adam
Joey
Noreen Iman
Annie Mosha
Kissya nick

SINOPSIS DELEN

Mengisahkan percintaan remaja zaman sekolah dimana Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini Schatzmann) merebut cinta Emily (Janna Nick). Delen yang menyukai Emily mula rasa tercabar apabila Emily mula sukakan seorang pelajar baru yang bernama Robert itu.

Kemudian bermulalah persaingan perebutan cinta Emily antara Delen dan Robert. Robert pula telah mengadakan pertandingan berenang dan meletakkan syarat. Siapa yang menang akan mendapat cinta Emily.

Siapakah yang menjadi pilihan hati Emily? Delen atau Robert? Saksikan telefilem arahan dan terbitan pertama Janna Nick pada sabtu nanti, 13 Februari 2021 di Astro Citra.

Ada juga mengatakan telefilem Delen ni semacam parodi Dilan tapi sebenarnya tidak. Kena tengok sendiri lah nanti.

Janna Nick juga bakal muncul dengan sebuah lagi telefilem berjudul Jeti yang bergenre berat dan penuh emosi lakonan pelakon hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.

7 comments:

  1. Woww.. Janna Nick dah jadi Pengarah dan Pernerbit ekk.. Wohoooo! Tapau habisssss ui

    ReplyDelete
  2. waa dah jadi penerbit dan director !!

    ReplyDelete
  3. Cinta bersyarat tu yang bahaya. Hehehee... namanya pun cerita kan.

    ReplyDelete
  4. Kira tahun aktif Janna Nick berlakon sambil belajar mengarah.

    ReplyDelete
  5. Wah Janna Nick? pengarah muda ye...terbaik!

    ReplyDelete
  6. Wah, dah mengarah la pulak. Penerbit pun dia. Wow!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.