Bukan Cerita Cinta Cliche

Wednesday, February 03, 2021

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Aliff Aziz akan ditayangkan pada Sabtu ini, 6 Februari 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD.

Telefilem arahan Faizal Nadxaman atau dikenali dengan Jaihoo Nadxaman juga menampilkan Firdaus Nadxaman, youtuber Hazeman Huzir dan ramai lagi.

Bukan Cerita Cinta Cliche

Telefilem : BUKAN CERITA CINTA CLICHE
Waktu siaran : Sabtu, 6 Februari 2021, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis skrip : Nellhanan Mansor
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : GUAM Teamwork Sdn Bhd

PELAKON BUKAN CERITA CINTA CLICHE

Mimi Lana
Syafiq Kyle
Alif Aziz
Firdaus Nadxaman
Lienda Halim
Nazzaty Rusli
Saidah Kamarudin
Sara Zulkifli
Hazeman Huzir
Eddy Effrimz

SINOPSIS BUKAN CERITA CINTA CLICHE

Emmel, seorang penulis skrip cerita cinta yang mempunyai kehidupan ironi apabila dia sendiri tidak pernah lansung bercinta. Emmel tertekan berdepan dengan orang sekeliling kerana dirinya dah berusia 34 tahun tetapi masih single. 

Tetapi dalam masa yang sama, Emmel menaruh perasaan terhadap rakan sekerjanya, Faizal sejak 4 tahun lepas lagi. Kehadiran Faliq pula membawa perubahan yang besar dalam hidup Emmel serta perspektifnya tentang perhubungan sebuah cinta.

15 comments

  1. Wow, agak agak mana satu pilihannya...Pergh..umur 34 eh, saya kira kira ngan umur saya ni..HAHAH

    ReplyDelete
  2. pening jugak dia nak pilih ni nanti.. Haha

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je cerita ni. Tapi, saya tak ada astro. Hihihi.

    ReplyDelete
  4. Mimi Lana semakin cantik sekarang ni akak tengok.

    ReplyDelete
  5. kalau saya pilih yang berwajah capik. ahaha

    ReplyDelete
  6. pasangan realiti ni selalu digandingkan dalam drama dan telefilem kan..

    ReplyDelete
  7. menarik drama ni.. lama tak tgk mimi lana berlakon

    ReplyDelete
  8. 34? Erm.. Kena tengok gak ni. Mana tau dapat tips. Haha

    ReplyDelete
  9. Hehe cerita dilemma wanita yang belum pernah bercinta. Harap sarapan cerita bagus.

    ReplyDelete
  10. Belum pernah tonton lakonan Aliff Aziz. Best kot cerita ni.

    ReplyDelete
  11. Suka tgk mimi lana rambut pendek mcm ni.. apa ye perasaannya berlakon dgn SK

    ReplyDelete
  12. Tertengok sekejap semalam, tapi tukar channel lain. Dah potong rambut dah Syafiq Kyle tu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.