Beku

Friday, February 05, 2021

BEKU, tajuk lagu duet terbaru Elizabeth Tan bersama Hazama. Lagu Beku mengisahkan tentang memori cinta lama yang masih meninggalkan kesan pada seseorang yang gagal dalam percintaan. Memori yang beku dalam kepala, susah nak move on lah gitu.

Dah berpisah lama mana pun, kenangan tu tetap ada. Dengan kemunculan Official Music Video BEKU yang dah dilancarkan hari ni di platform youtube, maka terjawablah sudah persoalan Elizabeth Tan pakai gaun pengantin putih tu.

Beku Elizabeth Tan & Hazama


Komposer : John Jeevasingham, Firdaus Rahmat, Omar K 
Lirik: Firdaus Rahmat

Elizabeth Tan & Hazama Beku Lyrics


VERSE
Hadirmu bagai mimpi 
Dilamun angan sepi 
Dan bawaku melayang di awan 
Hariku bermisteri, 
Bila kau tiada lagi 
Dan ku soal "mana kau pergi?" 

PRE: 
Sudah lalu waktu dulu, usah tanya lagi 
Kasih kita, yang terindah kini jadi 

CHORUS: 
Beku, tiada lagi yang mampu 
Mencairkan hati aku kerna layu jiwa 
Cinta yang jauh ditinggal 
Kamu, 
Walau membara hatiku, dipadamkan oleh salju 
Dinginnya sembilu 
Pisah bila beku 

VERSE 2: 
Bukan pilihan aku, 
Untuk melukai mu 
Dan yang salah, kau salahkan ku 
Haruskah ku percaya? 
Bicara yang menjelma 
Dan cinta yang dihancur masa 

PRE: 
Sudah lalu waktu dulu, usah tanya lagi 
Kasih kita, yang terindah kini jadi 

CHORUS: 
Beku, tiada lagi yang mampu 
Mencairkan hati aku kerna layu jiwa 
Cinta yang jauh ditinggal 
Kamu, 
Walau membara hatiku, dipadamkan oleh salju 
Dinginnya sembilu 
Pisah bila beku 

BRIDGE: 
Hanya memori 
Hanya memori 
Yang menemani 
Dan musim bersilih ganti 
Terpakunya janji kau dan aku kau dan aku 
Walau takdir ku 
Tak bersama mu 
Ku kan selalu 
Rasai kamu 
Terbeku 
Bersama ku 

CHORUS: 
Beku, tiada lagi yang mampu 
Mencairkan hati aku kerna layu jiwa 
Cinta yang jauh ditinggal 
Kamu, 
Walau membara hatiku, dipadamkan oleh salju 
Dinginnya sembilu 
Pisah bila beku.


kredit lirik, image & video : warner music Malaysia

10 comments

  1. Suka dua dua gabungan , tapi mmg parah kalau kes take boleh move on ni

    ReplyDelete
  2. Susahnya nak move on. :')


    ingatkan kak Fiza yang beku lalu terkaku. Haha

    ReplyDelete
  3. Alamak, macam kena je ni... i susah sikit nak move on niii. Lol.. Nanti nak share jugak kat blog... hihi...

    ReplyDelete
  4. siapa yg x bleh move ni? lizzy ke? hahaha...btw belum penah dgr lg lagu ni

    ReplyDelete
  5. Sedihnya... cinta yang jauh ditinggal.
    Rasa hancur hati mendengarnya.

    ReplyDelete
  6. Akak belum lagi dengar lagu ni. Nanti ada masa boleh dengar.🙂

    ReplyDelete
  7. Ada kaitan juga. Cuma hujung Januari tahun ini tiba-tiba dapat lepaskan dengan gembira. Sebelum itu forgive but not happy. Alhamdulillah hendak cari pintu baru.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. akak jenis cpt move on... byk yg kena fikirkan kalau x move on.. belom lg masa yg terbuang... tp setiap org x sama ketahanan emosinya kan? actually combo hazama & elizabeth tan ni mmg ngam terokkk

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan sedap lagunya. Tercicir rantai pulak akhir video clip. Hehe.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.