Cincin Emas Boba

Kalau dulu viral design gelang emas inspirasi dari makanan. Kali ni trending pulak cincin emas boba inpirasi dari minuman boba lah of course!. Eh, tersuka pulak tengok cincin emas boba ni. Comel, kan?

Jenis yang suka beli emas, tahu lah apa design terkini yang ada dipasaran. Saya hanya mampu tengok gambar je. Pakai cincin yang ada je lah, cincin merisik dan cincin tunang je lah yang ada pun. Itupun jarang pakai. Duduk rumah tak ada maknanya nak pakai cincin.


Tak selesa buat kerja rumah pakai cincin. Lagi lagi memasak, tak perlu kot pakai cincin. Hygiene diutamakan. 


Persoalannya, berapa harga emas se gram sekarang? Lama sungguh tak membeli emas. Ada orang suka kumpul barangan emas sebagai pelaburan. Ikutlah masing-masing punya bajet.

Berkenan dengan design cincin emas boba ni. Comel comel alahai bentuk boba tu. Tambah menarik lagi bila digabungkan dengan emas putih. Lagi menarik lah rupa cincin emas boba itu.

Design Cincin Emas Boba
Design #1 Cincin Emas Boba

Design Cincin Emas Boba
Design #2 Cincin emas boba

Design Cincin Emas Boba
Design #3 Cincin emas boba

Design Cincin Emas Boba
Design #4 Cincin ema boba

Mana satu pilihan di hati?  Semua cantik! 

Cakap pasal cincin ni, ada satu soalan dari ruangan komen. Since unknown yang komen, saya share sini lah ye. Mencabar nak jawab soalan KBAT kot ni. Haa jawabbb

Awak, soalan ni tak tanya pun takpe. Ikut suka sendiri nak pakai ke tidak. Aneh aneh je soalan.

Soalan Tentang Cincin Nikah

KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 
sumber image : google

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantiknya cincin!

    Tapi betul. Takkan bila dah bertunang, kena pakai cincin? Atau itu sebagai tanda, supaya tidak ada orang yang try mungkin?

    :)

    ReplyDelete
  2. Eh comel gila cincin tu... Semua pun cantek2

    ReplyDelete
  3. cantiknya design ni... kakmim pakai cincin masa g keja je.. tp x suka pakai bnyak.. pakai 1 je

    ReplyDelete
  4. cantiknyaa! pantang betul mata kaella ni tengok emas. target tahun ni nak ada 20kg emas lagi perghhh hehe

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya x mnum boba, tapi yang ni cantikkkk. Hobo... Sy pun x membeli emas sgt... dulu rajin kumpul emas 1g tu ha... Huhu...

    Yaa.. soalan ini orang... Takpa.. kita explain agar dia mengertii gitu...

    ReplyDelete
  6. Kelakarlah soalan KBAT tu... ke sebab kurang kasih sayang... ahaks!

    ReplyDelete
  7. cincon boba ni dah lalu lalang banyak hari ni..geram!

    ReplyDelete
  8. semua cantik fiza.. mostly Poh Kong memang jual emas 916 design boba ni. berkenan jugak nina tgk.

    soalan apa tu? hahaha adoi la. ikut suka lah nak pakai ke tak, nina pun tak pakai cincin tunang/nikah sbb nk bt kerja rumah takut rosak.

    ReplyDelete
  9. No. 3 cantik! Samalah jenis tidak pakai barang kemas.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال