Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah). Sambal Dia Tak Tahan Pedas Berapi!

Monday, February 08, 2021

Tempting betul tengok Nasi Ayam Geprek AR by Ayu Raudhah sejak dia jual kat Kedah lagi. Kita perati dari jauh je lah. Nak order memang tak dapat lah. Bila Zaquan Adha dah official masuk team Nismilan balik. Ada peluang lah nak mencuba rasa Nasi Ayam Geprek AR ni.

Khamis minggu lepas ada whatsapp tapi katanya tak open order untuk haritu dengan esoknya. Katanya tunggu dia bagitau kat ig story dia kalau nak order. Okay, baiklah.

Pagi tadi nampak dia dan Zaquan post ig story, apa lagi terus order lah. Berdesup masuk order 2 pax Nasi Ayam Geprek AR dengan satu jar sambal geprek.

Sambal geprek tu macam baru jual dan promote minggu lepas je. Sebelum ni macam tak nampak pulak. So order lah sekali. Alang-alang dah order kan. 

Ikutkan self pick pukul 12pm tapi minta nak ambil awal sebab perut dah tak sabar nak makan. Tak breakfast punya pasal. Padan muka!

Lepas husband ambil, kita ambil gambar dulu macam biasa. Walaupun mendung, bertabahlah gambar kelam. kelabu asap pulak tengoknya. 

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah

Hidangan lengkap Nasi Ayam Geprek AR. Buka penutup dia, bau macam ayam KFC. Dahlah perut tengah lapar. Bersabar lagi sebab nak ambil gambar punya pasal, kan.

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah

Meriah betul dalam satu pax Nasi Ayam Geprek AR ni.
  • semangkuk nasi
  • seketul ayam saiz sederhana dengan kriuk kriuk tepung goreng ayam
  • sehelai kobis
  • sepotong timun
  • sepotong tempe goreng
  • sepotong tauhu goreng
  • 2 batang potongan kacang panjang
  • setengah biji limau kasturi
  • 1 bekas kicap
  • 1 bekas sambal geprek
Nasi Ayam Geprek AR Dialas dengan daun pisang.

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah

Sambal Geprek AR

Fuhhh pedas dia berapi okay. Benarlah bagai di kata, pedas betul sambal geprek AR ni. Tak tahan tapi makan juga sampai tak cukup sambal dalam bekas tu. Mujur lah ada beli satu botol sambal ni.  Simpan buat stok makan dengan nasi panas-panas. Berpeluh makan!

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah

Masa husband beli tadi AR ambil sambal baru siap buat kot. Termeleleh minyak dia. Yang bertakung tu dah siap-siap buang. Kurangkan minyak dan simpan.

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah

Okay lega lepas teringin nak makan Nasi Ayam Geprek AR. Ayam dia masak elok, salutan tepung rangup dan sedap. Sambal pun sedap. Teringat ingat kesedapan dia. Mungkin sebab kena dengan selera kot. Selera orang lain tak tahu lah.

Orang Seremban nak order, kena tengok ig story @Ayuraudhah_7 atau @zaquan adha. Nanti dorang akan announce bila open order. Tak pasti ada delivery sekali ke tak sebab masa order ni self pick je available. 

Harga Nasi Ayam Geprek AR

Nasi ayam geprek RM10 per pax
Sambal satu jar RM16.90

26 comments

  1. Nampak sedap betul Fiza. Rezeki mata je. Hehe... Jauh. Kalau dekat boleh order. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kotlah ada kesempatan, boleh cuba order nanti. Moga ada rezeki akak. Aaminn

      Delete
  2. sedapnya nmpk especially sambal geprek tu. tringin nak cuba, tp jauh nya lah.

    ReplyDelete
  3. Tumpang jamu mata.
    Walaupun pedas tapi sedap, maknanya memang memenuhi seleralah tu kan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat memenuhi selera untuk seorang yang makan pedas :)

      Delete
  4. tak tahan makan pedas.. mmg confirm laaaaa tak sentuh sambal tu huhuh

    ReplyDelete
  5. Whoaaa..namak sedapnyaaaa! Teringinlah nak try!
    Saya sukaaaa pedas pedass woooo

    ReplyDelete
  6. Memang bertambah nasi kalau pedas. Hehe pedas pun tidak cukup sambal.

    ReplyDelete
  7. Terliur jugak walaupun realitinya tak tahan pedas sangat. Haha

    ReplyDelete
  8. Teringin nak cuba walaupun tak makan pedas sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki dan dekat, boleh lah cuba order. boleh makan tanpa sambal :)

      Delete
  9. nampak sedap tu ayam dia..sambal confirm pedas berapi kalo dah nama geprek tu..surrender awal2..haha

    ReplyDelete
  10. sedapnya! fiza..tibe2 rasa nk mkn sambal geprek ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.