Intan Ladyana Dan Harris Alif Sah Suami Isteri

Saturday, February 06, 2021

Dengan sekali lafaz, Intan Ladyana sah menjadi isteri Harris Alif. Majlis pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayan Persekutuan (JAWI) pukul 10 pagi semalam mengikut SOP (Standard Operation Procedur) yang ditetapkan.

Nor Harris Alif Nor Rashidi menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian berserta 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang dari pihak perempuan.

Intan Ladyana Dan Harris Alif Nikah
sumber : fillea



Kalau dah jodoh tak kemana, Walaupun beza umur yang jauh dan Harris Alif umur 22 tapi nampak nampak matang dari usianya. Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berusia 39 tahun manakala Harris Alif 22 tahun.

Siapa sangka Harris Alif dan Intan kini sah suami isteri. Macam tak percaya kan mereka berdua bercinta dan berkahwin. Itulah jodoh namanya. Okaylah majlis nikah dah selesai. Yang penting nikah didahulukan.

Rezeki Harris Alif dan Intan Ladyana juga mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk majlis malam berinai, majlis pernikahan, majlis resepsi dan majlis bertandang. Fuhhhh, banyak tu tajaan dia. Rezeki dia, kan.

Throwback sikit, Harris mula bercinta dengan Intan Ladyana Mac tahun lepas dan merisik pada July berikutnya. Nikah pula pada Februari tahun ni. Cantik perancangan Allah untuk Intan Ladyana dan Harris Alif.

Jadi, yang belum jumpa jodoh jangan risau. Jodoh Allah dah tetapkan, cuma cepat atau lambat je.

Usaha dan doa juga supaya dapat jodoh yang terbaik. Kalau masih belum jumpa tu, maknanya belum dapat yang terbaik. Sama juga konsep masih belum dapat anak ni. Kita positif je lah ye. Jangan serabut-serabut. Sesekali ter swing mood dengan persoalan orang tu, itu biasa.

Intan Ladyana orang dah kenal. Harris Alif geng bas sekolah, ingat lagi? Sekarang harris Aliff pengacara tv, berlakon dan menyanyi. Baru melancarkan single baru-baru ni yang bertajuk "Anugerah" yang juga menampilkan Intan Ladyana dalam Muzik Video tersebut.

Harris Alif juga adalah juara Idola Bintang Kecil. Ohh patutlah pun. Pelik juga dia menyanyi tiba-tiba. Baru ni lah dia muncul dan dikenali. 

Tahniah untuk mereka. Bila artis nikah kahwin ni, paling suka tengok baju nikah. Suka tengok busana putih untuk majlis akad nikah. Simbolik suci murni untuk memulakan kehidupan baru bersama pasangan. 

Baju pun simple tak sarat dengan perhiasan dan Intan Ladyana manis bertudung. Tahniah Intan Ladyana dan Harris Alif.

12 comments

  1. bila dah pakai mcm ni baru nampak seiras...mmg jodoh dah tu...barakallahulakuma...

    ReplyDelete
  2. jodoh perancangan ALLAH
    Alhamdulillah
    sama cantik sama padan

    ReplyDelete
  3. Untung la Intan Ladyana dapat husband muda belia...hehehe....

    ReplyDelete
  4. Si cantik manis dan handsome bertemu dalam 'jodoh' yang diatur oleh-Nya. Moga bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Macam Tak nampak beza umur dorang Kan. Part paling akak Suka jugak bila artis nikah ialah tengok baju kawin dorang. Suka color putih.

    ReplyDelete
  6. Jodoh tidak ke mana. Seronok dapat pengakhiran yang menghalalkan perhubungan. Alhamdulillah.
    Terima kasih nasihat Fiza titip dalam blog.

    ReplyDelete
  7. suka tgk intan pakai tudung.. sweet sgt.. less is more diorang ni

    ReplyDelete
  8. Baru tahu tentang ni, dari Fizah. Beza umur mereka jauh. Jodoh, kan. Hebatnya, banyak penaja. Sama cantik sama padan pengantinnya.

    ReplyDelete
  9. Saya jadik chill pasal jodoh bila tengok pasal dorang ni.. hahaha...
    Semoga dorang bahagia till Jannah. Amin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.