Pothos Pokok Hiasan Terpaling Senang Hidup Dan Jaga

Thursday, February 18, 2021

Ehhh macam lama tak bercerita tentang houseplant. Tapi rasa macam nak cerita tentang pokok pothos ni. Pokok hiasan terpaling senang nak jaga. Pothos atau pokok sirih gading, pokok terawal yang menetap dalam rumah saya. Pokok hiasan pertama yang dibeli dan berjaya membentuk branch yang banyak dalam rumah ni.


Saya beli pokok pothos @golden pothos di IKEA tahun 2015. Mas tu harga masih RM1.90. Sekarang dah RM3.90 kalau tak silap lah. Pokok yang sangat sesuai di beli oleh newbie pencinta pokok hiasan rumah.

Golden pothos ni tak susah jaga, pokok bunga tahan panas, boleh dijadikan pokok hiasan dalam air, boleh hidup walaupun kurang cahaya. Janji dapat cahaya dan air yang cukup menjadi lah dia. Paling malas nak jaga, letak je dalam balang air. Tak perlu fikir nak siram. Letak kat tempat ada cahaya, confirm hidup!


Pothos lebih meriah dan sihat bila lebih banyak dapat cahaya. Pokok pothos ni asalnya kat luar rumah letak masa DIY tempat letak bunga tu. Bila dah rimbun banyak, terus letak dalam rumah. Gantikan yang dalam rumah letak luar rumah.

Nak potong sayang, jadi kita letak dalam rumah bagi kita lambat sikit pertumbuhan tu. Lagipun yang dalam rumah tak ada yang rimbun sangat. Kira okay sangat letak dah rimbun ni dalam rumah. Banyak sikit kehijauan dia tu. 

pokok hiasan taman

Tahukah anda?
Pothos adalah salah satu tumbuhan yang boleh kita letakkan dalam rumah bukan hanya untuk hiasan tapi katanya ianya adalah cara bersihkan udara dalam rumah.


Indoor plants
mendung, gambar pun kelam tambah lagi cat dinding yang gelap. Aiyoyoyo

Indoor Plants


Saya juga letak pothos pokok dalam bilik tidur, letak dalam balang kaca dan DIY macrame knot hanging plants. 


Dari sepasu beli kat IKEA, dah berpasu pasu. Ada sepasu pun dah bagi orang. Cepat bunga ni membiak dan menjalar ikut cahaya matahari. Know know dah rimbun banyak macam ni. 

19 comments

  1. Wow, senang nak jaga, tapi tetap memerlukan kerajinan..Hihii

    ReplyDelete
  2. Tenang rasa tengok sudut rumah Fiza tu banyak indoor plants.
    Memang golden pothos sangatla mudah bela.
    Tapi njoy pothos...sangat la slow growth, yang akak punya lah..haha

    ReplyDelete
  3. dah ada sepasu kat rumah, belum membiak macam ni lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. tunggu la lepas kahwin nanti, baru nak jaga pokok macam ni hehe

    ReplyDelete
  5. Eza memang mencari houseplant ni. Nasib baik baca entry ni. Hehe suka ada tumbuhan hidup dalam rumah.

    ReplyDelete
  6. cantiknnyaa decoration ! nak tiru mcm ni boleh?

    ReplyDelete
  7. nak juga letak pokok dalam rumah..tp sudahnya mesti mati sebab lupa nak siram dan lupa nak bawa keluar

    ReplyDelete
  8. best nya bole jaga pokok...
    kita ni tangan panas org cakap..
    pokok x bole hidup hahah...
    tapi nasib kat rumah ni adik kita pandai jaga pokok, so berseri la skit rumah ni:D

    ReplyDelete
  9. Cheq pulak suka bela succulents la ni, comei sangat depa tu 😆

    ReplyDelete
  10. dulu masa masih rajin, simpan dalam botol je bunga ni pun hidup kat office.

    ReplyDelete
  11. oo..pothos namanya..selalu nmpk..
    daun dlm frame tu pun cantik..

    ReplyDelete
  12. Rajin tukar- tukar pokok letak dalam dan luar.
    Aha bagi oksigen dan udara segar dalam rumah.

    ReplyDelete
  13. kalau berhabuk, tak apa kn kalau kita lap mcm biasa? bimbang jg salah cara kang mati pula...

    ReplyDelete
  14. nanti nak godek blog kak fiza. Kita nak berjinak dngn indoor plant ni sebab orang kata fake plant buat kumpul habuk je. Haha

    ReplyDelete
  15. Cantik berjuntaian dengan warnanya yang menghijau. Bila letak dalam rumah, dapatlah hirup oksigen segar ye Fiza.

    ReplyDelete
  16. Pokok ini bila dia berjuntai tu yang cantik..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.