Clubhouse App, Aplikasi Media Sosial Terbaru

Sunday, February 14, 2021

Clubhouse App @Aplikasi Clubhouse, aplikasi media sosial terbaru yang mungkin bakal menjadi pilihan pengguna selepas facebook, instagram, twitter, TikTok, snapchat dan sebagainya. 

Platform-platform media sosial dah jadi satu kemestian yang perlu ada di kala menghilangkan rasa bosan disebabkan situasi pandemik COVID-19 sekarang ni. Terbaru, Clubhouse app telah diperkenalkan.

Apakah Clubhouse App/ Aplikasi clubhouse

Aplikasi Clubhouse adalah platform media sosial ekslusif yang memfokuskan penggunaan panggilan digital secara berdua mahupun beramai-ramai dalam sebuah kumpulan.

Apakah Clubhouse App/ Aplikasi clubhouse
sumber :google



Senang faham, bilik borak yang hanya ada audio.

Clubhouse secara rasminya di pasaran sekitar awal tahun lepas 2020 lagi sebenarnya. Tapi baru diperkatakan sejak beberapa minggu ni.

Tahukah anda? 

Satu nama besar dalam teknologi yang juga pengasas Tesla, Elon Musk juga mempunyai akaun di platform ekslusif Clubhouse ni. Siapa yang tak kenal dengan Elon Musk, figura terkaya di dunia. 

Dengan kemunculan Elon Musk dalam satu perbincangan di Clubhouse ni membuatkan ramai pengguna ingin masuk dalam Clubhouse dan Clubhouse semakin popular diperkatakan.

Clubhouse app Founder adalah Rohan Seth and Paul Davison. Satu lagi nama besar dalam teknologi adalah Satya Nadella, CEO Microsoft. 

Kelebihan Clubhouse

Sebuah Cluhouse boleh menampung maksima 5000 orang ahli didalam satu chatroom pada satu masa. Clubhouse boleh dijadikan platform perbincangan besar-besaran untuk sesebuah organisasi atau berborak menggunakan audio dengan rakan-rakan yang dikenali mahupun orang asing. 

Samada berseorangan ataupun dalam kumpulan yang ramai.

Semua chatroom dalam Clubhouse ini adalah bersifat sementara. Bermula dengan seorang kemudian orang yang ada dalam group tersebut boleh berbual dan didengari oleh pengguna yang masuk ke dalam chatroom tersebut.

Chatroom yang terdapat dalam Clubhouse juga hanya sementara dan akan ditutup selepas fasilitator chatroom tersebut meninggalkan chatroom itu. Kaedah dia macam kita keluar lepak berborak lepas tu balik rumah untuk senang faham.

Pengguna Clubhouse boleh kongsikan pautan chatroom dengan pengguna lain melalui  Twitter dan juga Instagram.

Cara Download Aplikasi Clubhouse Dan Mendapatkan Akaun Clubhouse

Untuk mendapatkan sebuah akaun Clubhouse, perlu mendapat jemputan yang dihantar melalui iMessage. Boleh meminta sesiapa atau rakan-rakan yang mempunyai jemputan tersebut.

Penerima akan diberikan pautan terus ke App Store untuk proses muat turun aplikasi Clubhouse dan seterusnya mendaftar akaun Clubhouse dengan menggunakan nombor telefon.

Buat masa ini, aplikasi Clubhouse hanya boleh dimuat turun melalui App Store secara percuma untuk pengguna iOS 13 dan ke atas.

Penggunaan Clubhouse

Pengguna Clubhouse boleh menyambungkan akaun Clubhouse mereka dengan platform media sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram dan boleh mengikuti sesiapa yang mereka suka.

Boleh juga masuk dan cari mana-mana bilik borak (chatroom) yang sedang membincangkan topik yang menarik.

Chatroom atau bilik borak didalam Clubhouse boleh dilakukan secara terbuka ataupun tertutup terhad untuk rakan-rakan sahaja. Bilik borak audio ni boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam Clubhouse. 

Perbualan chatroom tidak boleh dirakam secara konvensional.

Itulah ceritanya tentang Clubhouse App ni. Menarik sebab dia macam international level chatroom. Uniknya sebab hanya audio sahaja. 

sumber : Amanz | Republicworld

11 comments

  1. Banyak sangat-sangat app sekarang cuma pilih mana yang sesuai dan selesa digunakan.

    ReplyDelete
  2. Cepatnya berkembang dunia IT. Setakat ini Kak Amie hanya tahu google meet & zoom sajalah hihihiii.

    ReplyDelete
  3. first time dgr psl app ni. menarik gak, sbb audio je kan

    ReplyDelete
  4. Dah tua2 ni, ntah bole adapt ke x dgn pelbagai jenis social media...
    hhahaha setakat yg mampu so setia je la kat FB & IG...;-)

    ReplyDelete
  5. ramai gak tu 5000, boleh buat webinar hehe

    ReplyDelete
  6. ooo ada apps baru ya...yg aritu,sy dgr psl Signal. katanya lbh selamat dan info / privacy lbh terjamin...

    ReplyDelete
  7. too much apps la ! tapi for me twitter plg best :)

    ReplyDelete
  8. Wah bilik borak ke? Hehe lama tidak sertai bilik borak.

    ReplyDelete
  9. mama tunggu trending dan dah ramai baru nak join hihi

    ReplyDelete
  10. Saya terfikir.. adakah ianya macam bagi voice note aje.. bahahaha.. Or mcm zoom tapi takda video.. kahkah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.