Tesco Bertukar Menjadi Lotuss

Tuesday, February 16, 2021

Tesco Malaysia telah rasminya bertukar nama menjadi Lotuss Malaysia. Penjenamaan semula dibuat disebabkan Tesco Group UK telah menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada Konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P Group) pada bulan Disember 2020 lepas.

Tesco Bertukar Menjadi Lotuss
sumber:google



Diambil darilaman Facebook rasmi Tesco Malaysia
“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd.
Nantikan penjenamaan baharu daripada kami. Satu yang pasti, kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat.” 

C.P Group

Syarikat yang berasaskan pertanian dan perladangan yang terbesar di dunia. C.P Group kini memiliki pelaburan di 21 buah negara di seluruh dunia.

Perasan tak banyak produk frozen Kilang C.P yang dijual di Tesco. Salah satu produk C.P yang saya suka Ayam gulung C.P.

Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd kini telah menjadi anak syarikat C.P Group. Lotuss Malaysia meneruskan semua operasi di gedung Tesco sedia ada, iaitu :
  • 8,600 pekerja
  • 1 ibu pejabat
  • 2 pusat pengendaran
  • 62 gedung di seluruh semenanjung Malaysia

Ia juga termasuk rangkaian membeli belah secara dalam talian yang paling meluas di Malaysia dengan lebih 100 trak lori penghantaran dan operasi di beberapa buah negeri iaitu Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang.

Dikatakan, Lotuss Malaysia dijangkakan selesai proses penjenamaan semula ni menjelang akhir 2021 nanti. Sebelum Tesco, ia dikenali dengan nama Makro.

Lain pula ceritanya dengan pasaraya Giant yang dah banyak ditutup sejak akhir-akhir ni.

sumber : bharian

12 comments

  1. ohh yaaa lotus ni banyak kat thailand.. :)

    ReplyDelete
  2. ni duit la nk tukar smua logo and signboard smua kan , padahal duit boleh tlg rakyat yg susah kot.. sighhhhh nth la

    ReplyDelete
  3. tesco pun baru dua ke 3 kali masuk...ehh...dah tukar nama?

    ReplyDelete
  4. Harap lebih baik pengalaman membeli-belah.

    ReplyDelete
  5. sebenarnynya tesco malaysia doing well cuma tesco uk taknak dah handle..

    ReplyDelete
  6. Last week saya pelik jugak Tesco postpone semua iklan. Rupanya ini sebabnya. Jumaat ni baru keluar iklan baru. Excited nak tengok

    ReplyDelete
  7. Baru tahu Makro eh sebelum ni..
    Pasni byk brg dari Thai ni.. hihi

    ReplyDelete
  8. ohhh ayam gulung tu under syarikat CP yang ni keee...sedap tu! tapi adakah nugget tesco akan rebranding jadi nugget lotus juga? sebab suka sangat nugget tesco!

    ReplyDelete
  9. mcm mn point dlm kad ahli tesco tu ya? burn je ke?

    ReplyDelete
  10. tula ada terbaca org share tesco dh tkr nama

    ReplyDelete
  11. Ooo... dah tukar rupanya.
    Dulu GIANT di Sabah dan Sarawak diambil alih oleh BATAR. Jadilah BATARAS HYPERNMERKAT.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.