Kek Marble Butter Chocolate Tok Wan

Wednesday, February 03, 2021

Bila dah lama tak makan kek marble, pasti akan membeli dekat Kedai Kerepek Paroi (Food Tradisional Industries). Sedap, murah, saiz dan semestinya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Sejak tahu kat situ ada jual kek marble yang murah untuk satu loaf/bar cake RM7.50 je. Tak cari tempat lain dah. Ehhh....tapi ada je yang murah, Giant! RM5 tapi saiz dia tak tentu. Kejap besar kejap kecil.

Kat Giant pun okay cuma dia macam kurang moist dan kurang rasa butter mungkin. So yang yang kena dengan selera adalah kek marble butter chocolate Tok Wan.

Sebenarnya kedai Tok Wan (Tok Wan butter cake junior) hanya untuk pembuatan kek je. Semua kek yang dibuat di hantar ke Kedai Kerepek Paroi. Jadi kalau nak beli, kenalah pergi ke Kedai Kerepek Paroi je.

Kek Marble Butter Chocolate

Makan sepotong buat sarapan ke minum petang dah kenyang dah. Senang dah siap ada, tinggal hidangkan je.

Suka beli kek marble butter coklat ni daripada kek marble warna warni tu. Yang coklat ni adalah rasa coklat dia. Just nice rasa dia. Tak manis dan sesedap kek butter kampung tu.

Ada banyak lagi jenis kek yang dijual, kek pisang, kek buah, kek coklat dan macam-macam jenis kek ada. Laku keras kek yang ada. Pernah juga 2 3 kali pergi kek marble dah habis. 

Musim perayaan jangan cakaplah. Lambat sikit dah habis kena borong. Baguslah usahawan tempatan yang mengekalkan kualiti setaraf dengan harga yang berpatutan.

Orang kata, kek marble ni senang je nak membuatnya pun. Iyelah, tu orang kata. Tapi seorang penggagal buat kek kadang jadi kadang tak ni, terasa susahnya kemain. Jadi, kita beli je lah terus yang dah siap dengan keluarkan modal sikit.

Lainlah, kalau pandai buat kek. Memang buat sendiri. Tapi sekali buat, rugi pulak buat banyak untuk dihabiskan berdua. Kira-kira semula, beli je lah kan. 


12 comments

  1. Tesco pun ada jual kek marble, Fizah. Harga 6 ringgit lebih. Tapi ada sekali akak beli, boleh tergigit kulit telor. Terus tak beli dah. Huhu. Akak pun suka kek marble coklat dari yang jenis warna-warni tu.

    ReplyDelete
  2. Nampak tempting ssangat, lembut gebu gebas!

    ReplyDelete
  3. Ya, saya suka part bagus usahawan yang mengekalkan kualiti setanding harga tu..waalu apa pun musim, masih ngam rasa dan harga...itu memang amat terbaik wo~ Btw, tak pernah rasa marble coklat, selalunya yang berwarna warni...Next time nak try cari jugaklah..Hiks~

    ReplyDelete
  4. akak belum khatam lagi buat kek marble butter ni...pernah buat sekali dua, tak berapa elok kejadiannya walaupun boleh dimakan..

    ReplyDelete
  5. suka kek mcm ni dr jenis moist2 tu.. over manis pulak

    ReplyDelete
  6. Haah beli sahaja kalau lagi berbaloi beli.
    Hehe bukan peminat kek marble.

    ReplyDelete
  7. Kek begini jamah sepotong pun dah kenyang, tolak masuk perut dengan secawan air. Dah cukup hehehee.

    ReplyDelete
  8. Hmm.. terus rasa nk buat kek marble jugak... anak² suka ni... tp mood nk membaking tu mcm di angin lalu je... skjp rs nk buat skjp rasa mls

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.