Ais Cream Crunchy Nut Tea Hunter

Saturday, February 20, 2021

Cuaca tengah panas ni sejukkan tekak dengan ais cream pun sedap juga. Sesekali dapat keluar rumah nampak pulak stall Tea Hunter tepi jalan tu. Sekali imbas tengok macam jual air minuman ala-ala boba style. 

Sebenarnya dah lama juga wujud stall tu cuma baru sekarang rasa teringin nak mencuba. Uniknya stall tea hunter ni dia letakkan hiasan kepala singa kat kedai tu. Trademark kedai lah nak sama dengan logo kiranya nak bagi orang perasan macam tu.

Walaupun namanya tea hunter tapi konsep kedai dia bukan hanya tea/teh tapi ada juga jual minuman kopi, coklat, aiskrim dan banyak lagi sama macam kedai minuman boba yang lain.

Tapi of courselah setiap kedai tu ada keunikan rasa yang tersendiri. Selera pun lain lain, kan. Sajalah nak rasa kopi dari tea hunter. Tapi husband terbeli aiskrim pula. Tak tahu nak gelak ke nak sedih. Tersilap order katanya. Takpelah, kira rezeki juga rasa ais cream.

Kebetulan  tengok presentation ais cream dia ala ala buble bee ada potongan honeycomb madu lebah tu. Tak dapat bubble bee dapat ais cream crunchy nut  ala ala bubble bee pun boleh lah.

Ais Cream Crunchy NutTea Hunter

Ais Cream Crunchy Nut

Secawan Ais Cream Crunchy Nut RM12. Ada cornflakes, aiskrim vanilla, honeycomb bee, kekacang dan lain-lain kurang pasti namanya.

Ais Cream Crunchy Nut ni sedap!. Aiskrim vanilla yang creamy, cornflakes dan kekacang yang rangup, madu pun sedap tak oversweet. Dah biasa makan madu dengan sarangnya, so tak rasa kepelikan di situ.

Tentang harga, faham mahal sebab adanya honeycomb, mungkin? 

Ais Cream Crunchy NutTea Hunter


Lepas ni nak cuba boba tea pulak. Lokasi Tea Hunter ni berdekatan stesen petrol pam BHP dan bertentangan Masjid Taman Desa Rhu Sikamat Seremban.


instagram : @teahunter_n9

15 comments

  1. Macam ada ternampak masa apergi Family Store..macam menarik la...nak cari la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. stall ni sebelum simpang masuk family store tu.

      Delete
  2. Ok itu ada aiskrim, emping jagung, indung madu dan madu.

    ReplyDelete
  3. Pelik2 minuman sekarang
    Harganya pulak ngalahkan ayam

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ais krim crunchy nut! Ada honeycomb lagi tu...berganda-ganda sedapnya ni Fiza.

    ReplyDelete
  5. Alamakk.. terliur! Tak nak minum manis nii.. aduduuuu... Sedapnyaaaaaa nampakkk.. rasa nk gi Bubble Bee plak

    ReplyDelete
  6. Brand ni saya tak pernah cuba. Nak carilah. Nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Kalau meriah macam nie, puas hatilah bayar harga tu.. Presentation dia pun cantik..

    ReplyDelete
  8. sik baik baca judul kalu tgk gmbr igt bubblebee yg punya­čść

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi makan aiskrim macam ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Fizah, akak baca komen dari atas, sampai komen Wak Warisan Tani, tergelak akak. Hehehe..
    Aiskrim ni nampak menarik, tapi akak rasa, tak boleh makan kot. Tak manis ke?

    ReplyDelete
  11. harga standard tu fiza sbb ada madu.. lg pun susah nk cari stok madu mcm tu. kalau ada supply no hal.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.