Surprise Delivery Sepotong Kek, Secawan Kopi dan Secawan Teh

Seseorang call, dalam masa yang sama ada bunyi motor kat depan pagar rumah. Foodpanda! Ehhhh tak ada pulak order food delivery foodpanda hari ni. Tanpa angkat call, husband keluar. Tak pula bertanya dan soal siasat.

Sebab dah biasa order foodpanda, jadi tak bertanya dan kebetulan ada call masuk tandanya memang bungkusan makanan itu untuk kita. Terus terfikir ada orang order hantar makanan surprise untuk birthday semalam agaknya.

Dah ambil, buka bungkusan. Lahhhhhh, anak buah yang order bagi kat Ucu dia ni.. Adoiii, surprisingly betul! Senyap-senyap buat kerja, dah lama sikit baru lah dia whatsapp tanya Foodpanda ada hantar cake dan coffe tak. 

Coffee Bean Slice Cake And Drinks

Pure Double Chocolate Ice Blended Drink

Rasa coklat yang sedap dan pekat! Bila blend dengan creamy susu yang likat halus tu jadi rasa susu coklat yang sedap but still rasa coklat tu lebih. Nama pun double choc, kan!

Chai Tea Latte

Jarang nampak minuman teh panas dalam cup besar. Chai Tea Latte ni bau serbuk kayu manis (sweet spice flavors of cinnamon) dia kuat gila, tambah lagi bila panas. Bau dia naik. Digabungkan dengan French Deluxe™ vanilla powder.

Gabungan yang sedap tapi kalau sejenis tak suka bau atau tak makan makanan/minuman yang ada kayu manis mesti tak suka dengan Chai Tea Latte ni. Rasa dia boleh tahan sedap juga. Kalau order mungkin tak, tapi orang belanja boleh je minum.

Nuts About You

Kek dengan lapisan kopi, peanut butter, coklat dan kekacang. Tak pernah lagi makan kek ada peanut butter. Something yang baru dalam dunia rasa saya. Nice, sedap ada rasa kopi dan tambah ada kekacang tu.

For the first time rasa kopi dan teh Coffee Bean dan juga kek. Semalam juga saya buat surprise delivery bagi kek juga untuk adik ipar dan makanan untuk anak buah yang birthday minggu lepas. Senang ada foodpanda boleh delivery dan order dari kejauhan.

Alhamdulillah..dapat rezeki dan berkongsi rezeki.

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Wah... Alhamdulillah. Ada anak buah surprise order. Terliur tengok cake. Coffee Bean punya, akak tak pernah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tetiba ada surprise pulak. Alhamdulillah..saya pun baru dapat rasa F&B coffee bean ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah... dapat kek dan teh panas, betul2 surprise nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hehe, itulah, surprise betul tak sangka.

      Delete
  3. waaa syok la ucu dia dapat kek dan coffee! nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  4. coffee apooo..chocolate iced blended..hahahahhahaha!!!!! ampunnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah! Kah! Kah! Tergelak besar baca..Anggap je ianya kopi sebab kopi dan teh tak dapat dipisahkan :)

      Delete
    2. hahahhaha adoiiiiiii!! sebab tengok logo coffee bean itu lerrr jadik kopi..hahahah

      Delete
    3. Hahaha..betul sangat tu. Ala apa kurang bezanya dengan kopi manshor tu..katanya kopi pekat tapi coklat je rasa dia. huhu

      Delete
  5. Wah! Pandainya anak buah pilih minuman dan kek untuk Ucu dia.
    Yang bestnya sudah tentulah sebab surprise!

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat suprise gini. tergoda betul tengok kek tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kek sedap, boleh cuba kalau ke coffee bean :)

      Delete
  7. Best bila dapat surprise...best jugak bagi surprise, gembirakan orang..hehe

    ReplyDelete
  8. Alamak kek dan minuman itu semua menarik mata dan rasa hendak cuba terutama chai teh ada serbuk kayu manis akak suka. Belum pernah cuba jenama Coffee Beans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chai Tea tu kalau sejuk okaylah kurang kuat bau cinnamon tu. Nanti akak cuba kalau ke coffee bean :)

      Delete
  9. ice blended coffee bean mmg fav..slalu bli cookeis n cream or chocolate moouse...kek yg tu sedap sbb rasa peanut butter

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh akak peminat setia Coffee bean dah tahu apa yang sedap. Kek ni memang sedap ada peanut butter :)

      Delete
  10. Seronoknya ada suprise. Sayang anak buah pada ucu..

    ReplyDelete
  11. bestnya fiza..ada org lain selain husben yg ingat befday kite hehee ^_^

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال