Menyesal Order Subway Online

Saturday, February 13, 2021

Dah lama tak makan subway. Teringin pulak! Apalagi, bila lapar buka foodpanda lah. Buat PERTAMA KALI order subway online by foodpanda. Lepas tu timbul rasa menyesal dan tak berbaloi order subway online. Kenapakah? Nanti saya cerita.

Macam biasa, bila order dah pilih menu akan keluar lah segala pilihan apa yang kita nak. Nak roti apa, sos apa, isi apa dan lain-lain pilihan lagi. Saya pun pilihlah extremely mac & cheesy chicken dan husband pilih cheesy melt chicken.

Kedua-duanya set dengan 2pcs cookies dan air. Kira berbaloi lah membeli set meal ni. Lepas order dan bayar, sampailah hidangan yang di pesan tu. Timing ngam ngam juga sampai.

Bila buka bungkusan dia, ehhhhhh tak ada sayur ke? Tak kan macam ni je? Baru teringat, dalam pilihan memang tak ada pilihan sayur pun. Ingatkan memang dia akan letak sayur, at least sehelai daun salad mungkin. Ke memang menu ni tak ada sayur?

Ke sayur habis sebab order dah hujung hujung waktu masa tu? Ke kena letak dalam note suruh letak sayur. Ahh pening ah nak fikir.

Subway Extremely Mac & Cheesy Chicken
Extremely Mac & Cheesy Chicken


Rasa hambar tahu makan subway tanpa sayur. Saya pencinta sayur! Walaupun cheesy terlampau, tapi ayam dengan cheese lebih sedap lagi jika ada sayur, bukan? Macaroni pun tenggelam lemas dalam cheese.

Kalau order di physical store, sayur boleh pilih dan sos pulak boleh campur segala jenis sos. Bila order online, sos cuma terhad kepada 3 jenis sos je. 

Faham dan sedia maklum sebab guna sistem. Maknanya lepas ni nak makan subway kenalah ke physical store baru puas hati membeli. Beli online ni kau kena redha apa yang dapat. 

Kenapa tak complaint atau report? Saya malas dan pilih untuk makan je. Malas nak tambah serabut di kala pandemik yang masing-masing tengah struggle mencari rezeki dan serabut.

Subway Cheesy Melt Chicken

Tapi cookies subway favourite memang tak pernah mengecewakan. Cuma menyesal beli subway online je lah. Tak banyak pilihan. Biasalah dalam aplikasi tu memang tak banyak pilihan pun, kan. Nak puas hati kenalah keluar dan beli sendiri cerita dia. 

1 x Extremely Mac & Cheesy Chicken RM21.70

  • 6" Cookie Meal
  • Bread: Parmesan Oregano, 2nd choice : Hearty Italian
  • Toasted
  • Choice of dressing : Honey mustard + Spicy Mayo + Hot pepper
  • Choice of seasoning : Pepper
  • Cheese : Sliced cheese
  • Choice of Drink : H&E Ice Lemon Tea (22 oz cup)
  • Choice of cookie : white chocolate macadamia, 2nd choice : white chocolate macadamia


1 x Cheesy Melt Chicken RM20.55

  • 6" Cookie Meal
  • Bread: Parmesan Oregano, 2nd choice : Hearty Italian
  • Toasted
  • Choice of dressing : BBQ + Spicy Mayo + Honey mustard
  • Choice of seasoning : Pepper
  • Cheese : Sliced cheese
  • Choice of Drink : Minute maid orange (22 oz cup)
  • Choice of cookie : white chocolate macadamia, 2nd choice : white chocolate macadamia

20 comments

  1. Biasa kalau order subway online ni sebab bos belanja je. Kalau nak beli sendiri memang akan ke kedai. Lebih puas. :)

    ReplyDelete
  2. Haritu first time makan Subway... Tapi x tahu plak jenis apa.. Sebab org yg bagi.. tal sangka memgenyangkan.. Pasni nak try singgah.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan, kadang tak ingat pun Nona. Kadang beli yang sama je juga. Sedap dan mengenyangkan tu sudah pasti :)

      Delete
  3. Akak slalu order subway online.. Either foodpanda or grab.. Yg kita perasan sayur mmg ada byk pilihan, dressing pun byk pilihan.. Tu yg pelik juga bila foodpnda situ xde pilihan sayur kan.. Bkn standard ke semua? Ke lain tmpt mmg lain menu nya? Tu yg x pasti kan.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pelik bila tak ada pilihan sayur satu pun tak ada. Ingatkan dia dah siap siap set sayur apa yang ada. Yang ada pilihan macam yang di atas tu. Tak tahu lah kenapa tak ada. mungkin kadang sistem pun KO.

      Delete
  4. samala..sy pun minat veggie
    sayur dia habis kut haha

    ReplyDelete
  5. Itulah suka Subway sebab boleh letak banyak sayur.
    Tiba-tiba rasa hendak beli Subway. Sama, lama tidak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Biasa penuh dengan sayur. Tak ada pilihan pulak tetiba bila order online.

      Nanti beli ye kak :)

      Delete
  6. kalau guna sistem macam terhad pula nak pilih menu. nampak kosong subway tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kosong.Tak ada pilihan sayur. Hanya mac & cheese + chicken slice dalam tu :)

      Delete
  7. sedapnya tengok subway.. bila fikir2 balik.. baru sedar ekin pun dah lama tak makan subway.. tapi betul lah tu, patutnya dekat foodpanda tu kena bagi banyak pilihan nak ambil sos atau sayur apa2.. barulah ngammm

    ReplyDelete
  8. Tak pernah odsr subway melalui foodpanda . Kalau teringin terus dine-in je

    ReplyDelete
  9. Akak pun penah order subway online tapi selalu bila dah order, tetiba dpt mesej shop is closed.. adoiii dua tiga kali jgklah begitu...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya gambar ❤️ Me too, love sangat cookies dia. Kadang kadang tu pergi Subway nak cookies dia je hihi

    ReplyDelete
  11. kalau pencinta sayur tak dpt mcm sayur, mmg hangin kan, nikmat hilang nak makan :( kesian kak fiza, mesti looking forward .. hmmmm

    ReplyDelete
  12. kakmim pn dh lama x mkn subway.. selalunya husband yg tolong belikan sbb kakmim x tauk nk order apa... hahaha

    ReplyDelete
  13. Haritu sebab malas keluar je beli Subway online ni, sekali sampai tak puas sebab sayur dengan sos tak banyak. Pergi kedai puas! Biar comot-comot pun, memang kena request sayur semua dengan sos melimpah baru best haha

    ReplyDelete
  14. Kenalah jaga kualiti makanan yang ditawarkan. Jangan aniaya pelanggan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.