Chocolate Cheesecake Super Moist

Tuesday, February 02, 2021

Pagi-pagi dah menjamu chocolate cheesecake super moist, super sedap! Bukan saya buat. Beli je! Saya seorang penggagal yang tak berbakat nak buat kek sedap-sedap ni. Tahu beli je.

Tapi kalau bab masak lauk campak-campak dalam kuali, gerenti sedap. Tak salah puji diri sendiri kan, siapa lagi nak puji. Haritu teringin nak makan kek marble sedap buat kudap-kudapan masa lapar okay juga.

Macam biasa, akan membeli kek marble kat Kedai Kerepek Paroi. Jenis bar cake/loaf yang saiznya boleh tahan besar dan harga pun murah. Paling utama, kek marble dia sedap.

Husband balik dari membeli barang, nampak dia ada beli chocolate cheesecake sekali. Katanya saja beli sebab saya suka makan cheesecake. 

Alhamdulillah, rezeki dapat makan cheesecake yang dah lama tak makan. Lagi sedap bila chocolate kek bergabung dengan cheese. Sedap lain macam!


Kek coklat dia moist giler. Tak manis sangat. Ada rasa masin-masin cheese sikit. Tak muak makan. Bila makan sikit, tak cukup sepotong. 

Harga Chocolate Cheesecake

Chocolate cheesecake untuk satu biji kek RM10, berdiameter 12cm dan tebal 3.5cm. Sedap dan saiz dia seiring dengan harga. Okay lepas ni pergi Kedai Kerepek Paroi akan repeat beli chocolate cheesecake. 

Kedai Kerepak Paroi
sumber : Kedai Kerepek Paroi


Kedai Kerepak Paroi

One Stop Centre menjual pelbagai jenis kerepek, kuih, kudapan dan makanan tradisional warisan Melayu. Tradisional food industries yang menjual produk usahawan Melayu dari merata pelusuk tempat. 

Lokasi : 415 & 416, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Facebook : https://www.facebook.com/tfiseremban

Kedai Kerepek Paroi
sumber : Kedai Kerepek Paroi


Rambang mata tu dah semestinya kalau masuk Kedai Kerepek paroi ni. Macam-macam ada. Tapi biasa beli kek marble je lah. Lebih berbaloi beli kat sini berbanding kedai kek sebab lagi murah, lagi sedap, lagi besar. Tapi kek marble ni cepat habis. Ada rezeki, adalah dapat.

Kek marble pun murah RM7.50 je. Itu yang tak pergi tempat lain tu. 


26 comments

  1. Nampak moist gilerr cheesecakenya.. sekali masuk mulut tu mesti melting terus kannn...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa.. saya suka kek . sedappp . lagi-lagi kek chocolate

    ReplyDelete
  3. murah tu...dpt ke sy abis kena borong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini memang murah murah harga kek dia. Agaknya ramai yang datang memborong juga macam konsep Anies :)

      Delete
  4. dekat ni, rasa nak pergi jugak ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kalau rajin boleh buat awak. Tak rajin, beli online :)

      Delete
  6. Alamak, nampak sedapnya coklat cheese cake! Best kedai macam tu. Kalau masuk, macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak Nur kek ni. Kedai macam ni banyak pilihan sentiasa ramai orang.

      Delete
  7. kek marble 7.50 kira ok la tu tapi jauh la pulak nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, paling murah yang saya jumpa. Takpe, nanti lepas PKP kalau tersinggah boleh beli :)

      Delete
  8. sama la...penggagal tegar bab buat kek ni... beli je senang

    ReplyDelete
  9. Kek yang lembab2 memang sedap kan. Bila kita makan, terasa semua bahan telah sebati mereasap dalam kek tu.

    ReplyDelete
  10. Wah suka kalau makanan tidak rasa muak. Agaknya tidak cukup sebiji kek kalau beli untuk PKP.

    ReplyDelete
  11. kalau masuk kedai mcm ni, kena perut kenyang sbb kalau lapar... habis satu kedai borong

    ReplyDelete
  12. uish sedapnya. sis memang tak boleh tengok kek coklat nanti mesti nak borong punya..hehe

    ReplyDelete
  13. sweetnya suami fiza, beli sebab isteri suka...sentiasa ingat isteri bila nampak cheesecake..

    ReplyDelete
  14. uishhh macam2 ada. kedai2 mcm ni mmg MIL masuk tak keluar dh. haha

    ReplyDelete
  15. Mak oi!! bestnya kedai tu... mmg rambang matalah kalo masuk situ

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.