Ceramic bowl Yang Comel Dari Pengirim Misteri Terjawab Sudah

Saturday, February 13, 2021

Salam 1 Rejab. Selamat berpuasa sunat. Lepas bulan Rejab kejap je dah masuk Syaaban, Ramadhan bulan yang dinanti dan meraikan Syawal. Menariknya tarikh hari ni 13 Februari adalah 1 Rejab, 13 April 1 Ramadhan dan 13 May 1 Syawal. Perasan tak?
13 Februari : 1 Rejab
13 April : 1 Ramadhan
13 May : 1 Syawal
Okay, berbalik kepada tajuk. Minggu lepas dapat satu parcel, saya bajet bungkusan parcel hadiah birthday lah kot sebab sampai sehari sebelum birthday saya. Dalam masa yang sama saya dapat email dari seseorang mengatakan ada pos hadiah untuk saya.

Hadiah untuk apa? Hadiah untuk komentator katanya. Email tu saya dapat dalam hari yang sama saya terima hadiah. Eh, tak kan cepat betul sampai. Baru inform pos hadiah dah sampai? Masih curious siapa pengirimnya.

Saya balas email untuk confirmation tapi masih tak ada jawapan. Jenuh lah memikirkan siapa yang bagi hadiah. Pada bungkusan tertulis nama pengirim 'May Liu' dari Shopee. Siapa pulak May Liu ni? 

Gigih saya mencari di shopee. Jumpalah nama May Liu. Tak pula saya rasa nak contact. Diposkan tak jauh dari rumah pun. Rasanya betullah tekaan saya yang pengirimnya adalah pemilik email yang saya dapat tu sebab senegeri (baca : satu negeri).

Mini Ceramic Bowl With Lid

Saya dapat mini ceramic bowl yang comel ni. Warna kuning, menyerlah betul warnanya. Suka sangat ala-ala design le creuset gitu. Nampak lebih kurang sama tapi bukan dia.

Mini Ceramic Bowl
Ceramic bowl for baking/ Soup bowl/ Dessert Dish bakeware with lid microwave and oven/ Ceramic bowl with handle
Material : ceramics
Size : 13x10x7cm
Color : yellow
capacity : 175ml
Dessert Dish Bakeware with lid Microwave and Oven

Didatangkan dengan penutupnya sekali. Mangkuk  pelbagai guna ni, boleh masukkan dalam microwave dan oven. Info tu saya dapat dalam shopee. Lagi satu fungsi dia boleh buat props food photography saya lah.

Suka sangat dapat hadiah ceramic bowl ni. Siapalah yang tak suka dapat hadiah, kan. Berakhir sudah penantian persoalan saya. Misteri pengirim terjawab sudah. Barulah boleh buat entry penghargaan untuk pengirim misteri.

Betullah seperti tekaan saya, blogger Syazni Rahim @Syaz Eym penulis buku fiksyen Terkaitnya Kita dan Life Baggage yang hantarkan hadiah ni. 

Terima kasih banyak-banyak Kak Syaz. Semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminn

Iklan sekejap. Berminat baca buku fiksyen? Boleh beli novel Syaz Eym terkaitnya kita dan life baggage. Boleh beli hard copy dan softcopy (pdf) >>> wasap.my/60192984616/Nak_beli_

12 comments

  1. Oh, dah terjawap. Amie pun dapat hadiah yang sama, kan. Tahniah, Fizah. Cantik ceramic bowl.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terjawab sudah kan...macam kes kek yang akak dapat tu la..sampai sekarang memang x tau siapaa pengirimnya...heheheh

    ReplyDelete
  3. Hihi maaf fiza, akak tak larat nak buka emel beberapa hari tu, tak sihat.. alhamdulillah selamat tiba ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat ceramic bowl tu. Alhamdulillah rezeki Fiza :)

    ReplyDelete
  5. cantikkkk bowl nya... sy tgh mencari sebuah tp belum ada yg berkenan di hati๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  6. Terjawab sudah persoalannya ye Fiza. Cantikkan. Designnya memang ala-ala le crueset yang mahal giler tu. Memang sesuai sangat untuk props food photography. Moga murah rezeki Syazni sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Comelnya ceramic bowl ni. Tahniah sebab menang hadiah :)

    ReplyDelete
  8. comel ja ceramic bowl nya..ni kalau ambik gambar letak makanan mesti perfect ni

    ReplyDelete
  9. Bagus boleh guna masuk dalam ketuhar gelombang mikro.
    Bolehlah guna untuk masak dan hidung lauk.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat hadiah ceramic bowl . Comel pulak tu . Semangat laa nak guna kan . Jangan simpan pulak .heheh

    ReplyDelete
  11. kak syaz tak bgtau keee dia beli kan, ish ish ..... hahaha selalunya klu atie beli something sure hantar siap2 tracking number bg org tau sapa pengirim hahah

    ReplyDelete
  12. Cantiknyaaa!! sesuai lah tu fiza utk ambik gambar mknn kn? hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.