Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Pisang Kapas Boleh Buat Apa

Kenapa eh lately mood nak update entry kelaut dalam sangat. Mungkin sebab ada beberapa hari yang sibuk dengan kerja design tambah cuaca yang panas, mood pun seiring tak menentu jadinya. Tak tahu nak update apa dah.

Pasang surut mood itu biasa bagi seorang blogger. Siapa yang konsistent tu memang hebat lah. Ayuh, kumpulkan kekuatan demi blog!

Nampak pisang atas meja mak bagi masa singgah haritu. Ada 2 sisir pisang kapas. Terus ambil dan ambil gambar. Dapat juga buat modal untuk entry. Ye tak?

Masa mak bagi muda kehijauan lagi. Adik ipar datang dah bagi sesisir. Tinggal satu sisir, separuh lebih sikit suruh husband bawa bagi geng geng Lab. 

Ada kerajinan boleh lah buat popis topping chocolate ke, kek pisang coklat ke. Kalau rajin lah cerita dia. Kalau malas, ngap je terus yang dah nak masak ni.

Baru hari ni dia menguning cantik. Sedang elok lah kot rasanya makan terus.

Pisang Kapas


Pisang kapas boleh buat apa

Buah pisang kapas muda boleh dibuat sayur. Biasanya dimasak lemak. Yang dah masak ranum boleh dimakan terus atau boleh buat aneka menu pisang. Seperti cekodok, kek pisang, lempeng pisang, apam pisang, pengat pisang, popis dan sebagainya.

                    resepi kek pisang choco chip
                    resepi cekodok pisang rangup di luar
                    cara buat popis


Pisang kapas tak sesuai dibuat pisang goreng. Tak pasti kenapa. Mungkin kurang sedap. Kalau tak tahu ni, mesti dah bantai buat pisang goreng. Kah!

Nak tanya juga, buat kerepek sesuai ke tidak?


Pokok Pisang Kapas

Pokok pisang kapas ni serbaguna, jantung pisang tu kalau direbus buat ulam atau tumis pedas pun sedap. Daun pisang kapas ni lebar dan boleh digunakan untuk membungkus makanan.



Post a Comment

19 Comments

  1. baru tau ada pisang kapas, selalu tau pisang tandu , berangan dan emas sajaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang ada banyak jenis. kadang kadang tu satu pisang ada banyak nama pulak :)

      Delete
  2. Paling suka makan lempeng pisang kapas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba lagi lempeng pisang kapas. Nanti boleh cuba :)

      Delete
  3. Naniey yg betul2 tahu pisang lemak manis. Yang lain main taram je la pisang apa pun. Kalau rasa pula pisang nangka ada la beza. Lain macam lebih kurang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemak manis senang nak tahu gak tu sebab saiz comel dia. kalau dari segi rasa, macam sama je..huhu

      Delete
  4. Haah baru tahu pisang kapas tidak sesuai goreng.
    Suka pisang tanduk sebab ada rasa masam-masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu kenapa kak. cuma tahu tak sesuai digoreng. pisang tanduk sedap buat kerepek dan goreng.

      Delete
  5. Haaaa. x kenal jenis pisang kapas.. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..samalah, kalau tak diberitahu. Tak tahu apa namanya :)

      Delete
  6. sy belasah je. jandi pisang dah msk hehehe

    ReplyDelete
  7. Ooo ini namanya pisang kapas. Ingatkan keluar pisang emas atau pisang lemak manis.

    ReplyDelete
  8. kadang2 biasa tgk mak masak gulai bila warna masih hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, pisang kapas muda sedap dibuat sayur lemak/gulai :)

      Delete
  9. xpernah lg shida makan buat atau nmpak org buat gulai fiza..dah jrg kot org buat sebab pisang mahal kot..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.