Laksa Johor Untuk Awak

Tuesday, February 02, 2021

Panas lain macam ye seminggu dua ni. Bila panas, mulalah dia macam malas nak masuk ke office belakang tu (baca : dapur). Panas api dapur bergabung dengan dengan panas cuaca, aduhaiii rasa nak cepat-cepat masak je, kan.

Untung betul bila husband bawa balik Laksa Johor kesukaan ni. Nah, laksa Johor untuk awak. Pucuk di cita ulam mendatang. Macam know know je dah lama tak makan laksa Johor. Nak balik Johor, hurmmm..lambattttt lagi.
Peribahasa : Pucuk dicita ulam mendatang
Maksud : Memperolehi sesuatu yang dihajati
Laksa Johor ni payah nak dapat. Tak semua orang rajin menjual laksa Johor. Laksa utara paling ramai orang jual. Nak makan laksa Johor, beli dekat kedai seberang jalan Kedai Kerepek Paroi tu. 

Food court yang ada jual macam-macam jenis makanan. Pilih je mana berkenan.


Saya berkenan dengan yang ni je. Laksa Johor yang sedap kena dengan selera tekak ni. Orang kata laksa Johor ni sedap makan dengan sambal belacan. 

Tapi saya tak berkenan dengan sambal belacan dia. Tak kena dengan selera disebabkan bau belacan terlalu kuat dan tak menepati KPI pedas macam yang pernah saya ceritakan sebelum ni.

Disebabkan dia dah pack siap-siap dalam bungkusan, tak dapat lah nak menolak sambal belacan tu. 

Laksa Johor
 
Takpa, lupakan sambal belacan dan nikmati laksa johor tanpa sambal belacan pun sodap! Balik Johor pun jarang jumpa, jumpa yang sedap kat Negeri Sembilan. Rezeki namanya tu.

Suka makan laksa Johor kuah tak banjir. Dapat kuah pekat macam ni, boleh pergi jauh bersudu sudu makan. Beli satu share berdua. Sekadar untuk merasa je buat lepas teringin. RM5 sebekas.

By the way, PKP2.0 bersambung lagi sehingga 18 February 2021. Sekian.

15 comments

  1. OK pasni bole cari laksa joho la.. lama plak x makan...

    ReplyDelete
  2. saya dah lama kat johor ni...tapi tak minat laksa johor. suka laksa penang.

    ReplyDelete
  3. Panas ye di Malaya? Di Ld hujan siang malam.
    Pernah makan laksa Johor lama dulu. Memang betul laksa Johor susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  4. Wak pun minat laksa JDT berbanding laksa lain.

    ReplyDelete
  5. samalah suka juga laksa johor, tapi tak ramai yang jual laksa Johor ini.

    ReplyDelete
  6. Aha orang kata makan laksa Johor dengan tangan sebab itu tidak berkuah sangat atau kuah pekat.

    ReplyDelete
  7. Wah, pekat kuah dia. Sedapnya laksa johor.

    ReplyDelete
  8. AAAAAA SAMBUNG PKP!!!! PISHANGGGG~
    Wow, banyaknya taugeh..Hehe..Saya duduk Johor tapi kurang minat laksa Johor, lebih suka Laksa Penang...Lorhhh~

    ReplyDelete
  9. sedapnya...laksa johor antara kegemaran akak juga selepas laksa sarawak dan laksa utagha..

    ReplyDelete
  10. teringin makanan johor kena masak sendiri la. hahah contoh lontong

    ReplyDelete
  11. suka juga laksa johor..lama juga tk mkn

    ReplyDelete
  12. Lamaaaaa sgt x mkn laksa johor... jarang org swak buat laksa johor.. laksa penang ramai buat dan jual

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.