Ayam Geprek Penuh Pinggan

Friday, February 12, 2021

Tu diaaa Nasi Ayam geprek penuh pinggan. Penuh segala hiasan dalam sepinggan nasi. Hebat betul penangan ayam geprek AR. Alang-alang masih ada stok sambal geprek AR, ada ayam bahagian peha tu. Kita geprek kan dia.

Ada pulak stok tempe, salad, tomato, timun, kacang panjang ngam ngam untuk hidangan lengkap ayam geprek. Tauhu je lah yang tak ada pun. 

Gambar ayam geprek masak cara Fiza

Ayam Geprek Penuh Pinggan
Opss..bertompok hitam sikit terrhangus lambat terbalikkan..huhu

Bila buat ayam geprek, puas hati dapat ulam ulaman sayur tu lebih sikit. Pencinta sayur haruslah kena lebih sikit baru puas makan.

Cara masak ayam geprek

Ayam tu cuma goreng gunakan tepung bestari je. Perap setengah jam lepas tu goreng. Satu bahagian peha ayam tu bukan makan sorang ye. Kongsi berdua. Makan sorang tu, jenuh juga nak menghabiskan.

Tempe pun goreng salutkan dengan tepung bestari. Pun sedap juga sebenarnya daripada goreng kosong je. Kacang panjang rebus sekejap. Tak suka nak makan mentah kalau kacang panjang dah besar. Lainlah kacang panjang kecil tu okay sikit makan mentah.

Yang lain salad, timun dan tomato kita makan fresh. Sedap! Buat ayam geprek dengan sambal geprek AR tu memang terbaik. Sambal dia super pedas tak leh lawan. Smabal pun dah nak habis, kena restock lagi nampaknya tu.

Sedapnya nasi ayam geprek terletak pada gorengan ayamnya dan juga sambalnya. Betul, kan?

12 comments

  1. Elok itu beli sambal, lain-lain bahan buat sendiri kan.

    ReplyDelete
  2. Ayam geprek ni mcm ayam penyek la ye? Betul2 klu nak makan masakan ni mmg sambal kena power br walaweii!! 😁

    ReplyDelete
  3. Wooooo... tu dia ayam geprek lawan sambal geprek AR. Memang penuh pinggan tu. Beza ayam geprek Indonesia saiz kecil dengan ayam geprek Malaysia saiz montel.

    ReplyDelete
  4. gmbr nasi ayam geprek mcm ayam penyet je., hehehe

    ps. gmbr ohsem mcm biaser

    ReplyDelete
  5. hoihh...telah ailio hakak tengok gambar...

    ReplyDelete
  6. Ayam geprek tu apa sebenarnya? Serupa dengan ayam penyet ke? Nampak sedap, lagi-lagi banyak sayur letak.

    ReplyDelete
  7. ni kalau jual brapa RM laa agaknya ya😊

    ReplyDelete
  8. dr ari tu fiza post psl ayam geprek ni.. teringin plak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.