Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Pemburu Teh Tapi Tak Dapat Teh

Petang semalam keluar rumah kejap. Dah lama tak keluar mandang-mandang suasana luar. On the way balik rumah, singgah lah memburu minuman di pemburu teh (@teahunter_n9). Tebus semula kesilapan membeli air tapi membeli secawan ais cream crunchy nut ala bubble bee Shuib haritu. 

Line clear tak ada customer lain, baru lah dapat snap gerai tepi jalan tapak jualan teahunter_n9 ni. Nampak tak patung kepala singa yang pernah saya ceritakan dalam entry sebelum ni.


Tapak Jualan Teahunter_n9

Ada menu baru, Biscoff Lotus RM15 tapi tak cuba. Next time lah kalau rasa nak mencuba. Selalu sangat bermanisan ni bahaya juga. Harga secawan pun dah harga mengalahkan seekor ayam, kata Wak Warisan Petani

Kali ni cuba the hunter bubble tea menu pulak lah. Husband beli choco chip smoothie dan Boba Fresh Milk.

Choco chip smoothie

Tekstur smoothie yang halus dan coklat likat pekat hitam menawan. Rasa coklat yang sedap, tak manis sangat dan banyak choco chip.

Choco chip smoothie teahunter_n9

Boba fresh milk

Ini kali kedua beli boba fresh milk. Sedap rasa susu segar dengan adunan gula merah bakar bawah sekali tu kot. Sebab ada rasa kepingan gula karamel bawah tu bila disedut. Sebaiknya kacau betul betul lah. 

Boba teahunter ni agak mesra gigi walaupun kenyal. Ambil masa sekejap lah nak hancur lumat sebelum ditelan. 

Harga : RM8

Boba fresh milk teahunter_n9

Lega tekak dapat minum minuman sejuk bila cuaca tengah panas ni. Lepas ni nak cuba minuman berasaskan teh, barulah jadi pemburu teh. Nampak green tea dia macam menarik. Semua lah nampak menarik.

Kita ni kadang kadang dok fikir nak beli yang kita dok aim nak beli. Tapi sampai sampai terpandang yang lain, terbeli beli lain. Gitulah kan. Mood tak menentu seorang perempuan. Kah!


Post a Comment

22 Comments

  1. aduhh,..terasa sjuknya tekak tatkala teh tersebut melaluinyaaa...yummehhh

    ReplyDelete
  2. Memang selalu begitu. Rancang nak beli lain, sampai ke tempatnya terpandang yang lain terbeli pula yang tak dirancang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sama kak! Sebab banyak sangat menu sedap. Tergoda :)

      Delete
  3. Betul. Dari rumah rancang gini.. Eh sampai kedai yang dibeli gitu.. Aduh.

    ReplyDelete
  4. Betullah tuuu.. mood x menentu 🤭 Kdg kdg rasa nk beli semuaaaaa.. hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..itu memang tak dapat nak tolong. memang simptom susah nak membuat pilihan tiba-tiba :)

      Delete
  5. betul, akak pun selalu macam tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Nikmatnya Fizah, pekena chocolate chip smoothie dan boba fresh milk, panas-panas ni. Akak pun jadi teringin dibuatnya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nikmat dapat minuman sejuk manis boleh panas panas ni. Sesekali je ni kak. seminggu sekali pun belum tentu. Kena duk rumah, jangan rajin keluar. kalau tak, macam macam nampak nak dibelinya :)

      Delete
  7. minuman local pun not bad. tp betul byk sgt makan manis2 ni tak elok. muda2 pun dh boleh kena diabetes

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, yang sedap okaylah. jangan yang tak sedap tapi harga level kayangan. yup, sesekali je Nina :)

      Delete
  8. Hehe menu banyak sangat. Lepas ini boleh cuba satu-satu sebab sedap kan.
    Harga itu macam setanding Tealive.

    ReplyDelete
  9. Berapa minit fiza setup ambil gambar nih..berpeluh dah cup tu heheeeee ^_^

    ReplyDelete
  10. time panas2 ni mmg nikmat yg x terperi bla dpt air sejuk. lbh2 lg air sedap heheheh

    ReplyDelete
  11. kalau tengok menu terus jadi rambang mata nak memilih..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.