Famili Duo TV3

Sunday, February 14, 2021

Famili Duo, program realiti nyanyian terbaru di TV3 yang mula bersiaran 14 Februari jam 9:00 malam. Menariknya, Famili Duo Menampilkan 40 selebriti popular di Malaysia bergandingan dengan ahli keluarga mereka. 

Keluarga selebriti adik beradik, ibu bapa dan anak, sepupu, suami isteri dan juga bapa/mak saudara dan anak saudara berpeluang menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Famili Duo (TV3)
Keriangan keluarga dalam satu suara

Dihoskan oleh Uyaina Arshad, jurinya Didie Alias dan Mark Adam. Setiap minggu akan menampilkan 5 pasangan selebriti untuk 2 pusingan. 

Pusingan pertama untuk 'cover song' dimana ahli keluarga yang lebih berusia akan menentukan cover song untuk menghasilkan sebuah muzik video. Lagu pilihan dirakamkan di studio dan diberikan nafas baru.

Pusingan kedua pula ahli keluarga yang muda akan memilih lagu untuk persembahan di pentas. Sistem permakahan ditentukan oleh juri. Juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10 ribu.

Senarai Famili Duo 

Hubungan Selebriti
1 . adik beradik Amira Othman & Irfan Haris, Yamani Abdillah & Zaki Yamani, Naim   Daniel & Emylia Izzati, Syafie Naswip & Sapawi, Tajul & Beby Acha
. ibu bapa dan anak Siti Saerah & Umairah, Ashira & Syed Aziz, Aisha Retno & Jen Retno.   Sharifah Zarina & Athalia, Sharifah Shahira & Tallisya
3 . suami isteri Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah, Salma Asis & Azri, Anas Ridzuan &   Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana, Lan Solo & Sheila
4 . ibu/bapa dengan anak Amyza Aznan & Adrian, Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi, Amelina &   Puteri, Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli, Shajiry & Hafiz
5
. sepupu Oja & Eka Caramelt, Aman Nassim & Zarina Zainoordin, Hefny Sahad   & Qiqin Muse, Ara Johari & Syafiq Erwin, Fiza Thomas & Nasfikry
6 . bapa saudara/ibu   saudara dan anak   saudara Ezad Lazim & Along Zaimi, Asmidar & Tiar Zainal, Zamani & Zynakal,   Eranz & Rina Azhar, Ayu Damit & Shah
7 . adik-beradik Sharif Zero & Atu Zero, Ieda Moin & Eddy Moin, Shiha Zikir & Ieda   Zikir, Sarah Fazny & Boy, Jiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8 . suami isteri Aepul Roza & Leez Rosli, Haziq Hussni & Ayunda Putri, Ifa Raziah &   Yani, Rosma & Khai, Tuju & Loca B

Pemenang Famili Duo

Minggu pertama : Yamani Abdillah & Zaki Yamani
Minggu kedua : Siti Saerah & Umairah

Famili Duo Full Minggu 1
Famili Duo Full Minggu 2

9 comments

  1. macam menarik! tapi dah lama tak ada gameshow yang panggil orang biasa kan. mesti panggil artis. hehe

    ReplyDelete
  2. dah nama anak legenda, rs mcm anak jamal ni akan terus menyerlah wpn rancangan dah berakhir...

    ReplyDelete
  3. wowwwww!! byk game show skrg ni yg best best

    ReplyDelete
  4. Keje dengan media prima pun tak tahu ada gameshow baru. Haha. Thanks share Fizah. Macam menarik

    ReplyDelete
  5. best tgk semalam.. dgn lawak mark adam. dh agak mesti pemenang anak dan cucu jamal abdillah

    ReplyDelete
  6. Unik. Mesti lebih mengenali keluarga penyanyi.

    ReplyDelete
  7. wah tentu terhibur tgk citer ni. ada masa nak try carik la

    ReplyDelete
  8. Semua best aje.. huhu.. tapi x tgk lagi episod satu ritu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.