Semua Salahku

Semua Salahku, drama ulangan di slot Lestary TV3 menggantikan drama Melastik Ke Hatimu bermula 12 Februari 2021. Drama semua salahku dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa dan ramai lagi pernah ditayangkan sebelum ni pada tahun 2019.

Semua Salahku
sumber : TV3

DRAMA SEMUA SALAHKU

Jumlah episod : 13 episod
Mula tayangan : 12 Februari 2021
Waktu tayangan : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV3 (Slot Lestary)
Penulis skrip : Wan Mahani Hassan
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Fasha Sandha sebagai Sofea
  • Nafiz Muaz sebagai Harris
  • Intan Najuwa sebagai Mira
  • Neera Azizi sebagai Shila
  • Dayang Areeda sebagai Yanti
  • Fauziah Nawi sebagai Fatimah
  • Adiba Yunus sebagai Murni
  • Fadlan Hazim sebagai Iqbal
  • Syed Aiman sebagai Rosli
  • Nafiez Zaidi sebagai Imran
  • Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
  • Zee Zainal sebagai Amri
  • Idham Maulana sebagai Naim

SINOPSIS SEMUA SALAHKU

Sofea (Fasha Sandha) seorang anak yang menderhaka pada ibunya Fatimah (Fauziah Nawi). Bukan hanya itu, Sofea juga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya Harris (Nafiz Muaz). 

Semasa Harris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta membuatkan ibunya, Sofea rasa terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. Walaupun dia tahu dia hidup susah tapi duit gajinya banyak dihabiskan hanya untuk bergaya dan berusaha mencari suami kaya sehingga mengabaikan keperluan Haris dan ibunya Fatimah.

Harris dahulunya seorang pelajar cemerlang kemudian mula terlibat dengan masalah disiplin. Prestasi pelajarannya pun semakin merosot kerana ibunya Sofea tidak mengambil peduli tentangnya. Harris mula berjinak-jinak bergaul dengan rakan yang bermasalah iaitu Naim (Idham Maulana).

Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak. Kerana Harris mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya, dia sanggup terlibat dalam kegiatan salah tu.

Walaupun sudah dinasihati oleh rakan baik Harris, Imran (Nafiez Zaidi) tapi Harris tidak mempedulikannya. Ibunya Sofea berjaya memikat Rosli (Syed Aiman), suami Yanti (Dayang Areeda) yang juga seorang pengurus kafe. Tapi nasibnya malang sekali bila kafe tersebut diambil alih oleh Yanti.

Suatu hari, Harris mula naik angin dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi kepada ibunya. Hassan (Zaidi Omar) yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang berlaku dan menasihatkannya.

Harris akhirnya ditahan reman kerana merompak sebuah rumah. Sofea akhirnya menyesal dengan segala salahnya yang mengabaikan ibu dan anaknya. Sofea bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun pada ibunya tetapi malangnya, ibunya telah meninggal dunia.

OST Semua Salahku/ Lagu Tema Semua Salahku

Perasaanku - Fieya Julia
Cinta Terhebat - Beta
Pujaan Hati - Adira Suhaimi

sumber : TV3Malaysia Official

9 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Ada, dalam telefilem Sihir Pemisah 2021. Ini drama ulangan 2019 :)

      Delete
  2. Inilah realitynya, sebahagian dari kisah hidup masyarakat. Perjuangan untuk meneruskan hidup adakalanya kalah, adakalanya menang.

    ReplyDelete
  3. Oh cerita ulangan. Lain sedikit jalan cerita.

    ReplyDelete
  4. Tengok haritu, industri kita makin nazak, dalam news, sebab tak boleh shooting. Sekarang ni baru boleh. Agaknya, itulah sebab tv pun banyak tunjuk drama ulangan.

    ReplyDelete
  5. Ulangan kn? mcm penah tgk je cerita ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال