Selamat Hari X Jadi

Saturday, February 20, 2021

Selamat Hari X Jadi, filem arahan Prof. Dato' Dr A.Razak Mohaideen bakal bersiaran pada 25 Februari 2021 di Astro Ria saluran 480. Dibintangi oleh Janna Nick, Issey Fazlisham, Zalif Sidek, Danial Zaini, Aaron Aziz, Nasha Aziz, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Di twitter, satu lagi poster yang dikatakan lebih kurang movie 'Happy Death Day 2U'. Adakah filem ni lebih kurang begitu? Kenalah saksikan. Tapi cerita Death Day 2u tu seram gila okay.

Selamat Hari X Jadi

Filem : SELAMAT HARI X JADI
Tarikh tayangan : 25 Februari 2021, Khamis
Siaran TV : Astro First 480
Penulis skrip : Azlan Syah Rashid
Cerita asal : Keoh Chee Ang
Pengarah : Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen
Produksi : Multimedia Film Productions Sdn Bhd

PELAKON SELAMAT HARI X JADI

Janna Nick
Issey Fazlisham
Zalif Sidek
Nasz Sally
Danial Zaini
Aaron Aziz
Nasha Aziz
Eyka Farhana

SINOPSIS SELAMAT HARI X JADI

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kolej yang nakal diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi. Mereka sangat terkenal dengan perangai nakal mereka yang suka membuat rakaman video ‘prank’ pelajar lain di kolej.

Semuanya berubah seorang pelajar yang bernama Puteri menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakannya hampir membunuh diri akibat berasa sangat malu. Hani yang berhati kering dan lansung tak ada perasaan bersalah menganggap perbuatannya itu hanya trending. Dia mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian prank Puteri.

Selepas beberapa insiden menyeramkan berlaku di rumah Hani. Akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani bersama rakan-rakan lain pada hari jadi Hani yang ke 25.

12 comments

  1. OK kita takde astro...
    so dok dendiam je la kan hehhee

    ReplyDelete
  2. Mcmbest.. tp takda astro 480.. huhu.. nanti dah lama sikit try carik. hihi

    ReplyDelete
  3. pelakon best dah, hope dia tak kecewakan kita ..hmmm

    ReplyDelete
  4. Woooo... X tu pisau berlumuran darah! Suspen jew ceritanya ni.

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut sinopsis, tak sama langsung dengan Happy Death Day. Wah.. Tahun ni banyak drama dan filem Janna Nick. Rezeki dia

    ReplyDelete
  6. Hurm.. Sama sangat.. bukan filem je, drama pun ada yang dia tiru..
    Kalau iyapun inspired, buatlah poster tu lain sikit..

    ReplyDelete
  7. bila baca sinopsis, ceritanya hampir sm dgn komik jepun (terjemahan Bm) tp x igt judulnya...

    ReplyDelete
  8. Haah macam hampir sama. Happy Death To You tu pun kisah pelajar universiti.
    Apapun olahan lain agaknya.

    ReplyDelete
  9. tak rasa nak tengok cite janna nick sekarang..hehe

    ReplyDelete
  10. Ingat ke, dah bersara dah Prof. Razak mohaideen ni. :)

    ReplyDelete
  11. rasa kurang nk tgk lakonan janna dah. entah dlm merry me senorita tu daring sgt

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.