Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Cara Daftar Vaksinasi Covid-19 Melalui MySejahtera

Cara daftar terima vaksin COVID-19 ada 5 kaedah pendaftaran seperti yang telah diumumkan kerajaan. Samada secara dalam talian ataupun secara manual.

Pendaftaran Online

Seperti yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam buku Program Imunisasi COVID-19, ada dua kaedah yang boleh dilakukan secara dalam talian iaitu :

Pendaftaran Manual

Untuk kaedah manual ada 3 cara iaitu :
  • Mendaftar dengan cara menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian)
  • Datang sendiri ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta
  • Melalui program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman

Selepas mendaftar, pengguna akan dimaklumkan maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Proses Vaksinasi

Mereka yang mendaftar secara dalam talian atau manual merangkumi 18 langkah. Bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan.

Untuk penerima vaksin jenis dua dos proses akan tamat di Langkah 18.

Proses vaksinasi COVID-19

Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)
Langkah 2 : Terima tarikh janji temu
Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala
Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti
Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran
Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)
Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)
Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19
Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)
Langkah 12 : Hadir ke PPV
Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala
Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti
Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)
Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan
Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)
Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Bagaimana pun, individu yang mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, melalui aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

Sehingga semalam, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX. Daripada lima pengeluar vaksin itu, Pfizer-BioNTech memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari lalu.

Manakala empat calon vaksin Covid-19 sedang diproses untuk kelulusan NPRA. Bekalan vaksin daripada lima pembekal itu akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula bulan Februari ini dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran PBKD.

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V.

5 Langkah mudah pendaftaran vaksinasi MySejahtera

5 Langkah Daftar Vaksinasi My Sejahtera
 
Untuk lebih jelas, boleh ikut cara yang telah saya buat ni. Buka aplikasi MySejahtrea. Tap COVID-19 Vaccination.

COVID-19 Vaccination

Akan keluar paparan nama, tap pada nama.
COVID-19 Vaccination

Paparan maklumat tentang diri akan muncul dan tap 'CONFIRM' kalau maklumat betul. Jika ada kesilapan maklumat tap edit.
COVID-19 Vaccination
Akan keluar Are You sure? Tap 'OK'
COVID-19 Vaccination

verifying details berjaya dan tap 'NEXT'
COVID-19 Vaccination

Tap 'CLICK HERE' untuk maklumat tambahan.
COVID-19 Vaccination

Jawab soalan yang disediakan dan tap 'SUBMIT'
COVID-19 Vaccination

Okay siap, settle sudah pendaftaran terima Vaksin COVID-19 melalui MySejahtera. Menunggu notification je lah nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan semua penerima vaksin. Dalam ketidakberanian masih ada kebaranian.

COVID-19 Vaccination

I'm done! Awak sudah ke?

sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/675035/5-kaedah-pendaftaran-dapatkan-vaksin-covid-19

Post a Comment

16 Comments

  1. Naniey belum lagi. Baca yang BF tak boleh ambil vaksin tapi baca kat Twitter semalam boleh je if ibu bf nak vaksin

    ReplyDelete
  2. saya belum lagi . minggu depan baru nak daftar hihihi

    ReplyDelete
  3. harap-harap la vaksin ini betul2 memberikan impak yang besar kepada semua !!

    ReplyDelete
  4. Aha ada 5 jenis vaksin. Dapat yang mana satu. Hehe. Kata hendak jadi golongan terakhir. Tidakpun tunggu sampai imuniti berkelompok (ramai sudah divaksinkan)

    ReplyDelete
  5. Akak sudah! Semangat nak vaksin, baru la rasa selamat sikit bercampur orang kat luar. Salah satu usaha kita.

    ReplyDelete
  6. nina lambat lg kena daftar.. rasanya hujung thn

    ReplyDelete
  7. thank you sharing ..and atie tak daftar lagi.. so entry ni membantu :)

    ReplyDelete
  8. Dah daftar. Harap dapat vaksin yang one shoot je. Malas nak inject 2 kali. Seram tengok jarum. Haha

    ReplyDelete
  9. register dah. sy x kesah mn2 vaksin yg dpt. janji lps cucuk nk g jalan2 dah x sabar daa niiii waaaaaa

    bgs2 yg komen kat sini. (sbb bkn anti vax hahaha)

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah. Sabar menanti.

    ReplyDelete
  11. Not register yet!! Huhu... Nanti try jugak ler.. hoho

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.