Pening Tentang Stok Barangan Runcit? Inilah Jalan Keluar yang Lebih Selamat dan Lebih Mudah

Wednesday, February 03, 2021

Sebilangan besar negara kita sekarang sedang dalam keadaan terkurung. Tetapi, kita masih diberi pengecualian seperti keluar untuk mendapatkan rawatan dan juga untuk membeli-belah barangan runcit keperluan dapur.

Sedikit kelonggaran ini membuatkan kira rasa masih boleh bergerak tetapi dalam masa yang sama, tidak semua orang berani untuk keluar ke sana sini. Lagi-lagi untuk kawasan yang agak tinggi kenaikan kes jangkitan Covid 19 ini.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


Tips Semasa Membeli Barangan Runcit Untuk Kita Praktik

#1 - Pilih Kedai Yang Tidak Sesak

“Elakkan orang ramai dan berbelanja dengan cepat”, ini adalah antara kata-kata nasihat yang diucapkan oleh Donald Schaffner, seorang ahli mikrobiologi makanan dan profesor terkenal di Rutgers University.


Beliau menasihatkan agar kita mencari kedai runcit yang menghadkan bilangan pembeli pada satu-satu masa dan menjauhkan diri pada jarak sekurang-kurangnya 6 kaki dari orang lain


#2 - Pakai Penutup Hidung dan Mulut (Pelitup Muka)

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit sentiasa mengesyorkan orang ramai agar sentiasa memandang serius pada etika memakai pelitup muka di tempat awam. Para peniaga turut diletakkan syarat supaya hanya membenarkan pelanggan yang memakai pelitup muka saja untuk masuk ke dalam premis.

Seriusnya kerajaan hingga mengenakan denda sehingga RM1000 jika gagal mengikut peraturan ini. Sesungguhnya syarat ini sangat bagus kerana ia secara tidak langsung dapat melindungi orang lain daripada kita sekiranya telah dijangkiti dan dapat juga melindungi diri kita dari orang lain yang telah dijangkiti.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


#3 - Beli Barang Dalam Kuatiti Banyak Supaya Tidak Perlu Keluar Selalu

Ada juga yang menasihatkan supaya membeli barangan dapur dalam kuantiti yang lebih banyak supaya tidak perlu keluar dari rumah selalu. Tetapi pendapat ini tidak di persetujui 100% kerana ia dianggap boleh mencetuskan suasana panik.

Malah ada juga di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan perbelajaan lebih dengan keadaan ekonomi dan pekerjaan yang agak kurang baik berbanding dulu.

Disebabkan itu, ada di antara kita yang mencari langkah lebih baik bagaimana untuk mendapatkan stok makanan dalam cara yang lebih selamat. Salah satu jawapan yang diterima adalah dengan cara membuat pesanan pembelian secara atas talian.

Jika dulu kita hanya sering menggunakan servis pemesanan dan penghantaran untuk makanan siap di masak, tetapi kini ia kelihatan lebih berkembang dan dari hari ke hari semakin ramai yang telah menggunakan servis grocery delivery ini.

Ada Banyak Pilihan Servis Penghantaran Barangan Runcit Di Malaysia

Servis penghantaran barangan runcit di Malaysia sudah lama ada sebenarnya. Malah, ada juga yang dinaik taraf dari premis fizikal kepada tambahan penghantaran barangan dengan pesanan secara online. Antara nama-nama perkhidmatan penghantaran barangan runcit ini ialah :

  • Jaya Grocer
  • Bigbox Asia
  • Redtick & Redtick Plus
  • TM Farms
  • Potboy
  • Happy Fresh
  • Tesco
  • Mydin
  • PG Mall
  • Organic 4u

Selain dari itu, Foodpanda yang terkenal dengan servis penghantaran makanan siap di masak turut menawarkan perkhidmatan pesanan secara atas talian berserta dengan servis penghantaran sehingga ke muka pintu rumah. Servis ini diberi nama Pandamart.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart


Pandamart bukan hanya ada beroperasi di Malaysia tetapi juga di negara Asia yang lain, di mana ada servis Foodpanda di sana khususnya. Sebagai contoh di Hong Kong, Jepun, Korea dan banyak lagi.

Pandamart mempunyai pelanggannya yang tersendiri dan setiap pesanan barangan runcit yang diterima akan diteliti setiap pesanan sebelum dihantar pada pelanggan.

Pelanggan boleh membuat pesanan makanan kering, ubat-ubatan, produk penjagaan diri, produk pembersih rumah dan banyak lagi.

Grocery Delivery Foodpanda PandaMart

Mahu dapatkan barangan memasak menu istimewa seperti kek dan sebagainya juga ada. Pendek kata, di Pandamart mereka sentiasa cuba memperbanyakkan jenis barangan runcit supaya para pelanggan terasa lebih mudah dalam berbelanja.

9 comments

  1. Senang dah sekarang ni, kalau nak beli barang dapur. Cuma, agak mahal sikit banding beli di kedai runcit terus. Sekali-sekala takpe.

    ReplyDelete
  2. Cute, pernah nampak kedai nih tapi tak sempat singgah, lupa masa tu area mana tah.
    Lagi satu tips, tulis list barang yang nak dibeli sebelum sampai ke market agar senang nanti tak lama-lama kat sana..Hehee

    ReplyDelete
  3. selalu shopping memang kena pandai pilih hari dan masa sebab tak nak bersesak time shopping

    ReplyDelete
  4. kadang2 guna juga pandamart untuk beli barang runcit..mudah dan tak perlu keluar rumah..siap free delivery sebab tak jauh sangat..

    ReplyDelete
  5. kalau nk ke tesco memang pukul 9 dh terpacak. tak ramai org kalau hari bekerja tp tak jugak kadang ramai tu sbb bawa anak. hmmm apooo la

    ReplyDelete
  6. Haah akak keluar sebulan sekali. Sebelum itu fikir apa yang hendak beli.

    ReplyDelete
  7. skrg ni lebih suka smua beli online, senang tak perlu jumpa ramai2

    ReplyDelete
  8. Barang kering beli banyak, tapi barang basah beli seminggu sekali.
    Foodpanda dah cukup popular sekarang ni. Ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  9. Sbb dh terbiasa ms PKP ari tu skrg ni kalau beli stok dapur mmg sampai 5-6 ratus sekali... tp ok jugaklah sampai jgk sebulan stok kering.. stok basah mmg kena seminggu sekali

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.