Bekalan Pertama Vaksin Pfizer-BioNTech Malaysia. 3 Fasa Pemberian Vaksin

Sunday, February 21, 2021

21 Februari 2021, hari ni bekalan pertama dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menggunakan MASKargo MH604 dibawah kendalian MABKargo Sdn.Bhd.

Bekalan Pertama Vaksin Pfizer-BioNTech Malaysia

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengatakan bekalan sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dijangkakan tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) dengan pesawat Airbus 330-300.

Ketibaannya dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ketibaan bekalan vaksin disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Kementerian Kesihatan dan saluran Radio Televisyen Malaysia sebagai media rasmi.

Vaksin Pfizer dari mana

Vaksin Pfizer-BioNTech dari kilang Pfizer di Belgium. Diuruskan pula oleh Pfizer bersama DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin Pfizer-BioNTech berlepas dari Puurs, Belgium. Kemudian transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle dan perjalanan seterusnya ke Singapura untuk diedarkan ke negara-negara Asia Pasifik termasuk lah Malaysia.

Setibanya di Malaysia, DHL Express selaku ejen yang dilantik khas akan mengedarkan vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Vaksin Pfizer-BioNTech

Vaksin Pfizer-BioNTech merupakan vaksin pertama yang memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.

Sehingga kini, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin Covid-19.

Pada 11 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd untuk pembelian vaksin selepas perbincangan pada penghujung tahun 2020.

Dengan ketibaan Vaksin Pfizer-BioNTech bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program vaksinasi terbesar di negara di Malaysia. Sasaran suntikan vaksin sejumlah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity.

Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

3 Fasa Pemberian Vaksin

Pemberian Vaksin 3 Fasa

Seperti yang telah diwar-warkan, pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa sepanjang tahun sehingga bulan Februari 2022. Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara. 

Buat masa ini, terdapat 600 pusat pemberian vaksin terpilih terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM.

Selamatkah vaksin COVID-19 untuk warga emas dan kumpulan rentan?

Vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil oleh golongan warga emas dan kumpulan rentan. 

Golongan warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan kumpulan rentan (berumur 18 tahun ke atas) yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung atau buah pinggang.

Kedua-dua golongan ini diutamakan untuk menerima vaksin kerana mereka mendapat pelbagai komplikasi apabila dijangkiti COVID-19  yang perlu dilindungi. 

Dr Kalaiarasu Peariasamy seorang Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM berkata, lebih 150 juta dos vaksin telah diambil di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan setakat ini.

Katanya, sakit dan tanda kemerahan atau bengkak di bahagian yang disuntik adalah kesan sampingan biasa yang hilang dengan sendirinya dalam masa 2-3 hari.

Dr Kalai bagaimanapun berkata, individu yang mengalami alahan teruk atau severe alergic kepada ubat, perlu mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan sebelum mengambil vaksin.

Pendaftaran untuk penerima vaksin fasa 2 dan 3 akan dibuka bermula Mac ini. Bersediakah anda? 

Sumber 1: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10157725026821237/
sumber 2 : https://www.kosmo.com.my/2021/02/20/vaksin-pfizer-biontech-tiba-10-pagi-esok/

27 comments

  1. Ada LIVE tak kat tv ye masa dia mendarat tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tak sempat tengok live, boleh tengok ulangan 😊

      Delete
  2. Ha ah, tengok kat TV2 nih, hari bersejarah Malaysia dapat vaksin woo...
    Moga selamat semuanyaaaa..AMIN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Hari yang bersejarah untuk Malaysia. Semoga semuanya baik baik je. Aaaminnn

      Delete
  3. peristiwa bersejarah ni..siap ada siaran langsung..

    ReplyDelete
  4. Sempat juga tengok live ketibaan vaksin tu tadi .

    ReplyDelete
  5. semoga adanya vaksin ni akan mempermudahkan segala urusan seluruh dunia, Malaysia khasnya.

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah. Kami bersedia. Banyak dah usaha untuk membanteras Covid-19. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semuanya akan baik baik je. Salah satu usaha kita. inshaAllah :)

      Delete
  7. alhamdulillah..semoga semuanya baik-baik belaka..patut la antivak bising..rupanya dah sampai dah vaksin nye kat Malaysia..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga usaha ini akan menampakkan hasil..

    ReplyDelete
  9. sy x tgk berita tu tp terbaca kt socmed. panasss je telinga sy bc puak2 antivax komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, tak tahu lah dengan geng tersebut. tak faham betul

      Delete
  10. Rasa jadi orang terakhir ambil vaksin. Bersedia itu apabila tengok orang lain ambil vaksin. Hehe.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah. semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  12. Harap lepas vaksin nanti dah boleh gi oversea. Hehe

    ReplyDelete
  13. Semoga selamat dari covid, dan tiada kesan sampingan. Bulan May jugak ye, baru dicucuk.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.