Welcome Welcome

Friday, February 12, 2021

Kejap panas, kejap mendung, kejap hujan. Begitulah cuaca tak menentu pusing-pusing ikut turutan. Dalam sehari merasalah panas sekejap, mendung dan petangnya sejuk sikit hujan turun. Mulanya legalah sebab sejuk sikit bila hujan turun ni.

Tapi rupanya sekejapan je hujan turun. Bila hujan sekejap ni, bahang panas tu akan naik semula. Mujurlah semalam dan siap-siap bersihkan air cond, persiapan menghadapi musim panas kononnya. Lately kerap pulak pasang air cond sebab panas. Entah berapa lah bilnya tu nanti. Tapi dengar-dengar ada subsidi bil elektrik lagi, kan? Ke?

Perut pun tak nak kalah, lapar bila hujan turun. Lama rasanya tak buat cucur untuk minum petang. Orang nismilan (baca : Negeri Sembilan) panggil, kuih goreng. Pelik mula-mula dengar orang nama kuih goreng tu.

Orang Johor panggil jemput jemput, kan? Ye lah tu, Jep Sepahtu pun panggil welcome welcome. Viral pulak welcome-welcome Jep Sepahtu masa PKP1.0 tahun lepas. Kita pun nak welcome-welcome juga lah. Tapi kita gunakan bahasa komersial yang sedap didengar lah, cucur. Nampak international sikit. Hiks~

Jemput jemput = welcome welcome

Cucur Sayur Dan udang- Welcome Welcome

Welcome welcome saya versi kayangan sikit. Banyak bahan-bahan saya masukkan dalam welcome-welcome ni. Gunakan tepung sikit dan mewah dengan bahan-bahan dia.

Resepi Cucur Sayur dan Isi Udang

Kisar 1 mangkuk nasi, segenggam ikan bilis, 2 ekor udang, 1/2 biji bawang, 2 tangkai cili api, air dan garam sikit. 

Campurkan bahan kisar dalam tepung gandum, isi udang cincang, kentang sagat, frozen vege (carrot, kacang hijau, jagung), daun sup, bawang potong dadu dan kacang panjang potong kecil. Tak perlu tambah air dah sebab bahan-bahan kisar dah campur air.

Bila letak nasi dalam cucur ni dia sedap dan rangup sikit. Segala mak nenek sayur saya campurkan selagi ada dan sesuai digandingkan. Kalau ada taugeh dan kucai lagi sedap cucur ni.

Kopi O Tora Bika

Dah siap welcome welcome, hidangkan bersama kopi O Tora Bika hadiah dari blogger Sunah Sakura tu. Sedap rasa Kopi O dia. Lama tak minum Kopi O yang rasa klasik ni. Ada umphhh

26 comments

  1. rasanya org johor kalo ade udang x panggil jemput2 la .. cekodok pon boleh.,

    hehehe, nnti bila2 leh share tutoriala tangkap gmbr ohsem mcm cik azha updet dlm blog ni hari2., pakai kamera ape., bole khannns., xkan wak je nk bagi tutorial ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya di segamat masih lagi panggil jemput jemput wak..cekodok pun ada juga lah panggil tapi lebih kepada jemput jemput.

      ehhh ada wak, rasanya dah menjawab soalan yang sama sebelum ni. Guna iphone 6s.
      Boleh check dalam label photography dengan applications. ada saya share :)

      Delete
    2. oo iyeke., wak dh godek2 tapi mcm x jumpe je.,

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe...kalau berjiran dah hantar sebelah dah Shida :)

      Delete
  3. Comelnya welcome welcome dia! Mesti sedap sangat tu, macam-macam bubuh aksesori dalamnya.
    Terima kasih Fiza beritahu Kak Amie pengirim parcel siang tadi. Suspen juga kan tak tahu nama pengirim heheheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuh macam macam accesories ni sedap kak amie :)

      Okay, sama-sama kak amie. Saya baru dapat jawapan dari email :)

      Delete
  4. kalau kat pahang dulu MY panggil kuih kodok je...duduk johor ni jadi jemput jemput lak namanya, Kalau sebut cekodok...diorang terus refer pada cekodok pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lain tempat lain panggilannya. kena biasakan dengan jemput jemput gitu :)

      Delete
  5. Macam macam nama ye.. Kita suka welcome welcome yg kosong je.. Tapi goreng kena ranggup2 haha baru puas makan cicah sos cili sambil minum air teh o pnas.. Perghh nikmat nyaaa!!

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah buat welcome-welcome letak nasi. Hehe. Akak panggil cucuq! :D

    ReplyDelete
  7. samacm resepi che nom sy tgk hari tu. dia letak nasi jg😊

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ini kalau banyak sangat aksesori, bebudak ini tak makan.. hehehe..
    Selalu buh kentang dengan ikan bilis dan bawang yang ditumbuk je.. Meriah welcome welcome Fiza tu.. mengancam..

    ReplyDelete
  9. tengah2 hujan ni sedap pulak tengok cucur tu

    ReplyDelete
  10. Kenyang kalau buat jemput-jemput lengkap ada sayur-sayuran dan bahan protein.

    ReplyDelete
  11. hahaha terus teringat dekat jep.. dia la ni sebut welcome welcome

    ReplyDelete
  12. cicah sos pencicah kelantan sedappp ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.