Life Baggage Syaz Eym

Saturday, February 06, 2021

Dah baca TERKAITNYA KITA? Kalau belum, cepat-cepat dapatkan sebab buku fiksyen kedua "LIFE BAGGAGE" Syaz Eym pun dah keluar di pasaran. Novel pertama laku macam pisang goreng panas. Masak habis masak habis gitu. Dengarnya sampai edisi cetakan kedua ye?

Buku ni dah dapat dari minggu lepas lagi. Baru sempat nak review Novel Life Baggage Syaz Eym ni. Tak pandai sebenarnya nak review buku ni sebab bukan kepakaran saya yang jarang membaca novel. 

Buku fiksyen "Life Baggage" ada 251 muka surat dan kalau dibandingkan dengan Terkaitnya Kita, novel Life Baggage agak tebal. 

Koleksi Novel Syaz Eym
LIFE BAGGAGE
"MARI PIKUL SAMA-SAMA"
Saya suka dengan tema warna buku fiksyen Life Baggage yang menampilkan latar belakang nature earth scenary. Seorang lelaki dengan dengan bagasi. 

Tambah menyerlah dengan penggunaan warna merah pada tulisan dan tepi jilid buku sama dengan bagasi. Sesuai dengan tema "Life Bagage".

Life Baggage Syaz Eym

Nota penting dari penulis. Awww sweet pulak dapat autograph dari penulis sendiri. Rasa terbangga diri pulak bila termasuk sekali dalam golongan yang memberi inspirasi dalam penulisan karya Syaz Eym. 

Saya salah seorang yang suka membaca hasil penulisan Kak Syaz. Dah cakap dah kan, saya kurang suka baca novel. Tapi membaca novel Kak Syaz, buat saya suka membaca novel. Hebat kan penangan penulisan seseorang kepada seorang pembaca.

Autograph Penulis Novel Syaz Eym

Life Baggage, sangat dekat dengan situasi apa yang berlaku sekarang. Ramai yang terbeban dengan 'life baggage' masing-masing. Tanpa kita sedar, kita lupa erti bersyukur. 

Novel yang sangat menarik untuk dibaca. 

Nota Syaz Eym

Kisah 1 : Kerja Kosong

Kisah seorang Shah fresh graduate ingin pergi interview. Tanpa disangka, Shah telah diculik! Tapi dia telah mendapat 'sesuatu' dari pengalaman itu.

Kisah 2 : Mangsa

Leyha, seorang isteri kepada Faliq. Dia difitnah oleh adik iparnya sendiri, Falah yang juga bekerja di tempat yang sama. Rupanya ada 'kisah' disebalik fitnah yang dilemparkan oleh Falah kepada abangnya Faliq. Apakah 'kisah' itu?

Kisah 3 : Segala Tentang Dua

  • Hari Lahir

Di hari lahir Hatim. Hatim mula sedar diri dan ingin berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik.

  • Syurga Yang Diperjudikan

Hatim mula mencari kerja. Fendi, kawan lama dan juga jiran Hatim masa kecil mempelawa Hatim bekerja dengannya di kedai buku Miliknya. Ada hikmahnya Hatim bekerja dan tinggal bersama Fendi. 

Banyak perkara berlaku pada Fendi kerana Fendi frust dengan Jahra, bekas isterinya tinggalkan dia dan mahu berkahwin dengan orang lain. Kerana cinta, Fendi lupa akan ada syurga yang lebih indah. Banyak 'kisah' yang berlaku.

  • Gundah Gulana

Najah, seorang wanita berkerjaya dan tinggal berjauhan dengan suaminya Mustaqim. Ada 'beberapa perkara' yang telah merunsingkan Najah tentang perubahan suaminya. 

Salah satunya tentang appointment doktor. Najah meminta pertolongan BFF dia, Yasmin untuk selidik apa yang terjadi pada suaminya Mustaqim.

  • Bukan Percuma

Ya, nak minta sesuatu dengan orang lain bukan percuma. Rupanya ada udang disebalik Mee. Pertolongan yang dipinta dari Yasmin rupanya bukan percuma. 

  • Jahra

Tak disangka, Jahra kembali dalam hidup Fendi kerana Jahra mengandung. Fendi yang masih belum move on terus terima Jahra dan gembira bukan kepalang. 

Tapi Hatim sangat puas tak hati bila Fendi terima Jahra. Kerana Hatim merasakan Jahra hanya mempermainkan perasaan Fendi. Fendi sampai jadi tak waras lah bila Jahra tinggalkan dia sebelum ni.

Hatim tak puas hati dan tak semena-mena 'sesuatu' terjadi.

  • Koyak

Najah masih belum boleh terima apa yang berlaku pada suaminya, Mustaqim. Susah untuk dia terima kenyataan. Mustaqim cuba memujuk dengan membuat surprise padanya, tapi 'sesuatu' berlaku membuatkan Najah rasa simpati pada suaminya.
 

  • Roti Dan Pemuda Misteri

Suami Najah Mustaqim dimasukkan ke hospital. Sementara menunggu, Najah telah bertemu dengan seorang pemuda misteri yang menghulurkan roti padanya. Siapakah?

  • Cecil

Cecil, seorang lelaki yang dibenci oleh Fendi. 'Sesuatu' yang berlaku antara Jahra, Fendi dan Cecil sampai Jahra dan Fendi dimasukkan ke hospital. Hatim muncul atas sebab 'sesuatu'.

  • Aku Tahu

Sambungan kisah Roti dan Pemuda Misteri. Haifa, adik Hatim throwback kisah lama Fendi, Jahra dan Cik Min @ Puan Mayamin (Mak Fendi).

  • Celaru

Najah insaf dengan apa yang berlaku pada suaminya. Dia juga bercelaru dengan apa yang terjadi untuk menerima kenyataan bukan mudah. Yasmin, BFF pula mendapat tawaran kerja di Oman.

  • Ikhlas

Puan Mayamin throwback kisahnya bagaimana dia kahwin dengan ayah Fendi, Azemi. Perkahwinannya dengan Azemi tidak direstui Mak mertua. Atas sebab 'sesuatu'. 

Disebabkan 'sesuatu' tu Puan Mayamin @Cik Min sedar. Dia tak nak sejarah berulang berlaku pada anak menantunya. Seseorang pula datang merisik Cik Min. Siapakah?

  • Bicara Hati Ke Hati

Jahra berbicara hati ke hati dengan Hatim bagaimana kisah percintaan dia dengan Fendi bermula. Dan Hatim pun meluahkan 'sesuatu' pada Jahra kenapa dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan 'seseorang'.

  • Buah Tangan Dari Bandara

Situasi berlaku di KLIA dalam "celaru" dimana Yasmin berangkat untuk ke Oman. Najah telah terserempak  dengan seseorang yang dikenali dalam "roti dan pemuda misteri". Pemuda misteri yang digelar Encik Roti itu meninggalkan 'sesuatu' buat Najah.

  • Trofi

Throwback zaman persekolahan Najah, Yasmin dan Mustaqim. Ada 'sesuatu' berlaku pada zaman persekolahan yang membuatkan Najah rasa bersalah sehingga kini.

  • Dewi

Sebelum Jahra dan Fendi berangkat ke luar negara, Jahra meninggalkan nota untuk Hatim. Jahra kenalkan Dewi pada Hatim. Hatim akhirnya bertemu dengan Dewi. Hatim rasa Dewi ni 'sesuatu' sangat.

  • Poof!

Najah teringat 'kisah lama' yang berlaku membuatkan Najah terus rasa bersalah. Dan perasaan 'sesuatu' itu hilang, poof! bila dia tiada pesaing dalam dapatkan 'trofi'. 

  • Aneh

Najah merelakan suaminya ke Oman. Sedang lepak mengopi, Najah terperasan Encik Roti sekali lagi. Tapi Kali ini Encik Roti bersama 'Dewi'. Tak jadi Najah nak menyapa. Najah mengeluh panjang. Aneh!

  • Life Baggage

Najah masih mengenangkan kisahnya. Dia telah kehilangan 'seseorang' dalam hidupnya. Tanpa sedar, air mengalir di pipi sedang dia duduk lepak di Kedai Kopi hipster. Tiba-tiba datang 'seseorang' yang dikenali datang menyapa.

'Seseorang' itu telah menceritakan 'life baggage' nya dan membuatkan Najah sedar 'life baggage' tidak seberat 'seseorang' itu.

  • Sampai Syurga

Part paling sweet sambil boleh membaca sambil tersenyum lah. Haa part ni kenalah kau orang dapatkan novel ni dan baca sendiri. 

Dapatkan novel/buku fiksyen Syaz Eym. Atau kalau tak sabar nak baca, boleh terus beli Novel Syaz Eym pdf secara online.

Whatsapp : 0192984616
Email : syaznirahim@gmail.com
Blog : www.syaznirahim.com

Life Baggage Syaz Eym

Tahniah sekali lagi Kak Syaz, semoga terus menulis dan menghasilkan karya karya hebat dimasa akan datang.

15 comments

  1. rajinnyer baca n review novel sekali tuhh

    ReplyDelete
  2. Ringkasan setiap bab. Aduh banyak cerita masalah hubungan suami isteri.

    ReplyDelete
  3. waaaa atie suka juga baca kak syaz punya karya..tapi buku ni tak beli lagi !! huhuhuhuhu soon soon

    ReplyDelete
  4. Sampai syurga paling sweet.. akhirnya happy ending

    ReplyDelete
  5. Hebat Fiza review setiap bab. Tahniah tahniah! :)

    ReplyDelete
  6. Wah, dah masuk novel kedua dah Syaz. Hebatnya!

    ReplyDelete
  7. Whoaaaa.. suka jugak baca haritu bila ada post sikit kt blog kak Syaz ritu.. Niceee

    ReplyDelete
  8. wah wahhhh�������� setiap bab punya daya tarikan cerita tersendiri������

    ReplyDelete
  9. Bagus betul orang yang rajin membaca. Selain menjadi jambatan tambah ilmu, imaginasi pun ikut diasah. Otak aktif berfungsi. Selamat membaca Fiza.

    ReplyDelete
  10. suka jugak lah dengan cover dia..macam ciri2 fotografi fiza...haa gituhh..haha! psst sebenarnya dah add to cart kat shopee, tapi tengah tunggu nak checkout..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.