Blogger Sunah Sakura Bagi Hadiah

Saturday, February 06, 2021

Dapat message notification "Pos Laju is delivering your parcel today bla bla bla.. Apakah? Tak ada beli barang pun! Dalam message ada juga terpapang tracking number. Curious nak tahu, terus pergi check. 

Ohhhh..baru teringat blogger Sunah Sakura a.k.a CikSun pernah minta alamat sebab jadi salah seorang Top 10 Commentators 2020 Blog Sunah Sakura. Alhamdulillah..Tahun 2020 adalah tahun paling banyak dapat hadiah Top Komentator. 

Ada masa dan kesempatan komen, suka komen secara pukal. Biar memberi lebih, kerana lebih itu kan lebih baik kaedahnya. Amalkan konsep memberi lebih baik dari menerima.

Dapat hadiah, itu rezeki. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Berperibahasa ye hari ni. Apa yang saya dapat, ini dia.

Fridge magnet

Fridge magnet limited edition blog Sunah Sakura yang tertulis TOP 10 Commentators Sunah Sakura.
 

Mini calendar

Mini calendar yang comel bertemakan warna-warna earthy. Comel tengok lukisan muka depan dan muka setiap bulan.

Mini planner

Dia macam mini pocket planner. Selain ruang untuk menulis daily plan, setiap muka surat bercetak dengan quotes.

Blogger Sunah Sakura Bagi Hadiah


Coffee and tea sachets

Ada 2 sachats coffee BIKA dan Teh Cameron Highland. Ini yang tak sabar nak rasa ni sebab saya pencinta kopi.

Blogger Sunah Sakura Bagi Hadiah

Terima kasih banyak-banyak CikSun!. Semoga tangan CikSun yang memberi dimurahkan rezeki yang berpanjangan dengan keberkatan. Aaminnn...

Suka singgah blogwalking dan tinggalkan komen di blog CikSun yang warna pink tu. Favourite warna kita sama! Antara blog yang saya rajin singgah. Rasa macam dah kenal lama tapi baru je kenal sejak tahun lepas kot, kan?

Jom kita ke blog www.sunahsukasakura.com.

18 comments

  1. Kopi dia sedap sangat! I tell you. Haha Sampai cari lagi kat shopee gitcheeeww~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha! yess, sedap sangat..dulu first time minum sebab prof bagi cenderahati dari indonesia..then cari kat shopee setelah beberapa tahun, teringat tiba2 masa pkp tahun lepas..seller pun orang indonesia yang menetap di malaysia..da banyak kali repeat order..hihi

      Delete
  2. Bestnyaaaaa...suka kalau dapat hadiah macam ni...lama dah tak dapat hadiah...akak pun dah lama x bagi hadiah..PKP ni susah nak bergerak kan....

    ReplyDelete
  3. Wah! Rezeki berblogging semakin bertambah. Banyak koleksi hadiah dari rakan blogger ye Fiza. Tahniah. Moga ukhuwah berpanjangan. Setuju, biar lebih memberi, kurang menerima tak apa.

    ReplyDelete
  4. Itulah keseronokan berblogging selain pada bloggers yang pemurah dan beri kata-kata positif/nasihat. Oleh itu suka dengan dunia blog.
    Tahniah Fiza. Selamat menikmati hadiah diberi.

    ReplyDelete
  5. tahniahnyer.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  6. Tahniah, Fizah, dapat hadiah. Fizah memang rajin mengomen. Menarik hadiah-hadiah tu.

    ReplyDelete
  7. masyaAllah...cantiknya gambarrr! siap bagi backlink lagi...alhamdulillah, terima kasih fiza selalu support blogwalking ke blog akak..moga terus sukses berblog tau!

    ReplyDelete
  8. Yahoooo. Tahniahhhh.. samalah kitaaaa.. Hewhew... sayang nak guna barang barang ni.. Ahakss.. Cute kan itu plannerrr.. hehe

    ReplyDelete
  9. ni kira hadiah birthday juga laa kn?��

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.